Malaysian Attention Engine
Live wire
53World : New White House Press Secretary Katie Zacharia Steps Down46Dua beranak sesat ketika cari akar kayu di Besut45Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial44Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau42Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu35Bukit Aman probing Filipino, Bangsamoro links in Laos meth bust35Polis buru suspek curi kabel MRT34‘Bonet sampai terangkat’ – Wany Hasrita cemas kemalangan34PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

‘Patutlah tak pernah mati…’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 09:00 MYTLatest activity 17 Oct, 09:00BMconfidence 60%

What happened

ROMPIN – Serangan keladi jenis agas dan paku rawan yang luar biasa di Jelapang Padi Paya Sepayang di sini dikatakan berpunca daripada benih tumbuhan itu yang memenuhi kolam takungan air di kawasan itu. (Kosmo!, 09:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

‘Patutlah tak pernah mati…’

By ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN · 17 Oct, 09:00 MYT

ROMPIN – Serangan keladi jenis agas dan paku rawan yang luar biasa di Jelapang Padi Paya Sepayang di sini dikatakan berpunca daripada benih tumbuhan itu yang memenuhi kolam takungan air di kawasan itu.

Kolam takungan air tersebut merupakan sumber pengairan utama bagi sawah padi Paya ­Sepayang seluas kira-kira 240 hektar.

Dapatan itu sekiranya benar sekali gus me­nyaksikan usaha pesawah meracun keladi berkali-kali akan sia-sia memandangkan benih keladi akan terus menerus memasuki kawasan penanaman padi melalui aliran air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan, Mohd. Fadzli Mohd. Ramly berkata, berdasarkan siasatan awal daripada pihak berkuasa berkaitan mendapati, benih keladi berkenaan datang daripada kolam takungan yang digunakan pesawah.

“Saya difahamkan bahawa benih keladi ini datang daripada kolam takungan di belakang yang mengairkan air ke sini dan ditambah pula dengan sistem tanaman yang dahulunya dengan cara tabur tetapi sekarang dengan cara ‘transplanter’.

“Saya mohon kerjasama daripada pihak Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Rompin untuk melihat benih keladi di kawasan kolam taku­ngan sebab kita tengok memang banyak dan saya percaya isu ini dapat selesaikan,” katanya di sini semalam.

Kosmo! pada 3 Oktober lalu melaporkan pesawah di daerah ini berada dalam keadaan tertekan apabila modal lebih RM200,000 yang digunakan untuk menanam padi lebur selepas sawah diusahakan mereka ditum­buhi pokok keladi jenis agas dan paku rawan secara agresif.

Fenomena luar biasa di Jelapang Padi Paya Sepayang melibatkan 202 pesawah berdaftar itu dikatakan pertama kali berlaku hingga menyebabkan sebahagian besar pokok padi yang ditanam di kawasan seluas 240 hektar mati.

Dalam pada itu, Mohd. Fadzli berkata, pihak biosekuriti tumbuhan Jabatan Pertanian juga akan datang ke kawasan jelapang padi berkenaan bagi melihat dan mencari penyelesaian terhadap masalah dihadapi petani terma­suk serangan keladi dan serangga perosak yang agresif.

Katanya, sebuah syarikat pengeluar racun terkenal juga akan melakukan ujian lapangan menggunakan produk mereka di kawasan lot dikenal pasti dalam usaha membantu petani menghapuskan serangan keladi yang agresif pada musim akan datang.

The post ‘Patutlah tak pernah mati…’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:00
Latest 10:30 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
17 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

‘Patutlah tak pernah mati…’
Kosmo!NewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.