
PBB gesa Israel patuh Perjanjian Pengunduran Tentera 1974, hormati kedaulatan Syria
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
PBB gesa Israel patuh Perjanjian Pengunduran Tentera 1974, hormati kedaulatan Syria
ISTANBUL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menggesa Israel menghentikan pencabulan terhadap Perjanjian Pengunduran Tentera 1974, selain menghormati sepenuhnya kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria, lapor Anadolu Ajansi.
"Saya mengulangi gesaan Setiausaha Agung supaya pencabulan terhadap Perjanjian Pengunduran Tentera 1974 dihentikan, dan kedaulatan serta keutuhan wilayah Syria dihormati sepenuhnya," kata Timbalan Utusan Khas PBB bagi Syria, Claudio Cordone, kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Cordone melaporkan operasi ketenteraan Israel di selatan Syria masih berterusan setiap hari, termasuk kerja pembinaan secara besar-besaran, penubuhan pos pemeriksaan, operasi penggeledahan dan penahanan, selain insiden tembakan yang mengorbankan seorang orang awam berhampiran kedudukan tentera Israel pada 5 Oktober lalu.
Katanya, seramai 49 individu dilaporkan masih berada dalam tahanan Israel.
Beliau turut memaklumkan mengenai kejadian berasingan pada 23 September lalu yang menyaksikan 14 anggota kumpulan peneroka haram Israel melintasi garisan gencatan senjata memasuki Syria sebelum dibawa pulang oleh tentera Israel.
Israel memperluaskan kehadiran tenteranya sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada 8 Disember 2024, dengan mengatur gerak anggota tentera ke zon penampan bebas tentera di Bukit Golan yang diduduki serta kedudukan tentera di kawasan sekitarnya, atas alasan kebimbangan keselamatan.
Damsyik menuntut pengunduran penuh tentera Israel dari kawasan yang diduduki dan menegaskan semula komitmennya terhadap perjanjian 1974 itu.
"Diplomasi merupakan satu-satunya jalan untuk mencapai persetujuan mengenai pengaturan keselamatan yang selaras undang-undang antarabangsa," kata Cordone.
Menyentuh keadaan ekonomi secara lebih meluas, Cordone berkata, penyusutan nilai mata wang dan peningkatan kos bahan api telah menjejaskan kuasa beli bagi barangan keperluan asas.
Bagaimanapun, katanya, langkah pelonggaran sekatan dan perkongsian antarabangsa, termasuk bantuan Kesatuan Eropah (EU) berjumlah €620 juta (AS$692 juta) serta inisiatif pertanian Bank Dunia bernilai AS$175 juta telah membantu menstabilkan keadaan kewangan pada peringkat awal.
Beliau berkata, PBB sedang menyelaraskan usaha dengan kerajaan Syria bagi meneliti kemungkinan mengadakan persidangan antarabangsa mengenai pemulihan dan pembinaan semula yang berteraskan keutamaan negara itu.
"Tugas sekarang ialah menterjemahkan peluang itu kepada sokongan berterusan bagi pemulihan Syria," katanya.
Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, Mohammed Yahya pula memberi amaran bahawa meskipun lebih 3.8 juta pelarian dan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di dalam negara telah kembali, lebih 5.5 juta rakyat Syria masih kehilangan tempat tinggal.
Daripada jumlah itu, lebih 770,000 orang tinggal di kem penempatan, dengan wanita dan kanak-kanak merangkumi tiga perempat daripada keseluruhan penghuninya.
"Matlamat kita bukan sekadar membantu keluarga kembali ke tempat asal, tetapi memberikan bantuan nyata supaya mereka dapat terus menetap dan membina semula kehidupan," kata Yahya.
Beliau berkata, bahan letupan telah menyebabkan kira-kira 2,500 terkorban atau cedera sejak Disember 2024, manakala pelan tindak balas bagi 2026 setakat ini hanya menerima 32 peratus daripada jumlah dana yang diperlukan.
Sementara itu pemimpin masyarakat sivil, George Batah, yang berucap kepada UNSC dari Damsyik berkata 2.7 juta kanak-kanak masih tidak bersekolah, manakala kira-kira 8,000 kemudahan pendidikan tidak dapat beroperasi.
Beliau menegaskan 'pelaburan dalam pendidikan merupakan titik permulaan kepada usaha pembinaan semula'.
Pengarah Serantau Plan International, Hajir Maalim pula memberi amaran bahawa dengan hanya 16.5 peratus daripada keseluruhan keperluan pembiayaan sektor pendidikan berjumlah AS$337 juta dipenuhi, seluruh generasi berisiko ketinggalan'.
Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) pada mesyuarat berkenaan menyambut baik 'kemajuan berterusan' yang dicapai Syria dalam menangani keutamaan politik, kemanusiaan dan keselamatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.