Malaysian Attention Engine
Live wire
57Polis bongkar makmal dadah sintetik RM18.19 juta di Masai dan Permas Jaya52General : Human Resources Ministry To Introduce Starting Basic Salary Guidelines - Ramanan51PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang44Malaysia unveils six homegrown chips worth RM300m as it shifts from making to designing semiconductors44Solat benteng jiwa, jauhi sombong dan kezaliman – Ismail43PeKa B40 to be rebranded as PeKa Sihat43Sport : KBS Hopes TM Will Focus More On Virtual Taekwondo - Minister42Most of Indonesia’s fires outside Malaysian-owned concessions, says Fahmi41Ahli politik Filipina didakwa biaya jet bawa 521kg dadah di Laos40Dua beradik maut terperangkap dalam rumah terbakar40Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

PBB terlalu cenderung pilih 'jalan selamat'

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 15:21 MYTLatest activity 16 Oct, 15:21BMconfidence 60%

What happened

NEW YORK: Rebeca Grynspan, calon pilihan untuk menjadi ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyelar agensi dunia itu kerana terlalu berjaga-jaga dan selalu memilih 'jalan selamat'. (Berita Harian, 15:21)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

PBB terlalu cenderung pilih 'jalan selamat'

16 Oct, 15:21 MYT

NEW YORK: Rebeca Grynspan, calon pilihan untuk menjadi ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyelar agensi dunia itu kerana terlalu berjaga-jaga dan selalu memilih 'jalan selamat'.

Tegur beliau, pendirian sedemikian menyebabkan badan dunia itu perlu sentiasa bersedia menanggung akibat kegagalan diplomatik sebelum mencuba semula.

Beliau berkata demikian kepada Reuters, semalam menjelang satu lagi undian Majlis Keselamatan PBB (UNSC) hari ini bagi menilai sokongan terhadap calon Setiausaha Agung baharu.

Calon terpilih akan menggantikan Antonio Guterres, yang penggal keduanya selama lima tahun bakal berakhir pada 31 Disember ini.

Grynspan berkata, PBB juga perlu mengurangkan jumlah pekerjaan, mengekang birokrasi dan menghentikan pertindihan tugas antara agensi.

Beliau menegaskan, langkah penjimatan kos semata-mata tidak akan memulihkan institusi itu yang berdepan sumber yang semakin berkurangan dan pengaruh politik yang kian merosot.

"Saya berpendapat PBB kini terlalu mengelak risiko. Anda perlu tanggung sendiri akibat penolakan dan kegagalan, kemudian mencuba semula. Itulah tugas PBB," kata Grynspan.

Bekas naib presiden Costa Rica, yang berusia 70 tahun itu turut menggesa PBB supaya lebih proaktif selepas badan yang dianggotai 193 negara itu dilihat diketepikan dalam konflik di Ukraine dan Asia Barat.

Tambah beliau, PBB juga berdepan tekanan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk mengurangkan kos operasi.

"Penjimatan kos tidak mencukupi. Ya, anda boleh mengurangkan kos tetapi pada masa sama menjadikan semuanya lebih buruk.

" Jika anda tidak melakukan reformasi, anda akan melakukan segala-galanya dengan lebih buruk berbanding sebelumnya. Sebab itulah saya bercakap mengenai penetapan semula tumpuan," kata Grynspan yang juga seorang ahli ekonomi, kepada Reuters.

Grynspan berkata, beliau berkongsi kebimbangan Duta AS ke PBB, Mike Waltz, yang sebelum ini menyifatkan berlaku kerenah birokrasi dan pertindihan tugas di PBB, selain menggesa tumpuan lebih jelas diberikan kepada operasi pengaman.

"Penyatuan beberapa fungsi dan penilaian semula cara melaksanakan mandat adalah perlu dalam banyak bidang yang berkembang di PBB," katanya.

Beliau juga bersedia untuk melantik seorang pegawai dalam pejabatnya bagi 'mengenakan disiplin yang diperlukan untuk memastikan pelaksanaan mandat'.

Grynspan berkata, PBB sebenarnya sudah mempunyai kepakaran, maklumat dan kehadiran di lapangan yang diperlukan untuk memainkan peranan diplomatik lebih besar, namun memerlukan ia kepimpinan yang mampu menyatukan semua sumber berkenaan.

"Usaha membawa keamanan mesti menjadi teras kepada segala usaha PBB," katanya, sambil merujuk peningkatan konflik maut antara negara dan menggesa penekanan lebih besar diberikan kepada pengantaraan serta langkah pencegahan.

Grynspan turut menggesa pendekatan lebih anjal dalam operasi pengaman, dengan menyatakan tugas Setiausaha Agung perlu bekerjasama rapat dengan lima anggota tetap UNSC.

Ini bagi mencari model alternatif apabila operasi pengaman secara tradisional tidak dapat dilaksanakan.

Sekiranya terpilih, Grynspan bakal menjadi wanita pertama memegang jawatan setiausaha agung dalam sejarah PBB dan kini mendahului dalam empat daripada lima undian tidak rasmi sebelum ini, dengan memperoleh sembilan undi sokongan pada minggu lalu.

Untuk mendapatkan sokongan UNSC, calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya sembilan undi positif daripada 15 negara anggota, selain tidak menerima undi 'tidak digalakkan' daripada lima anggota tetap, iaitu AS, China, Russia, Perancis dan Britain.

Undian pada hari ini buat kali pertama akan menggunakan kertas undi berkod warna bagi menunjukkan sama ada wujud kuasa veto menentang seseorang calon.

Grynspan berkata, beliau satu-satunya calon yang secara konsisten memperoleh sembilan undi sokongan, namun 'tidak akan terkejut' sekiranya menerima undi tidak mencadangkan daripada salah satu kuasa veto.

Beliau berkata, perkara itu pernah dilalui dalam pemilihan terdahulu.

Diplomat di PBB berkata, beberapa tokoh kanan, termasuk bekas dan penyandang menteri luar serta pemimpin negara, sedang mempertimbangkan secara serius untuk menyertai persaingan itu.

Namun Grynspan berkata beliau menjangkakan nama calon baharu mungkin muncul selepas undian hari ini.

"Persaingan ini belum berakhir, kami perlu terus berusaha," katanya. - REUTERS

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:0017:0018:00
Latest 18:00 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 15:21 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:21

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

PBB terlalu cenderung pilih 'jalan selamat'
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

PBB terlalu cenderung pilih 'jalan selamat' · Malaysian Attention Engine