
Peguam bergaji komisen tetap boleh dianggap rakan kongsi, putus mahkamah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Mahkamah Rayuan putuskan bahawa imbuhan berasaskan komisen tidak secara automatik nafi status seorang peguam sebagai rakan kongsi di bawah Akta Perkongsian 1961. (Gambar Pexels) PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini sebulat suara mengetepikan keputusan mahkamah terdahulu yang melepaskan seorang peguam daripada liabiliti sebagai rakan kongsi sebuah firma guaman, berhubung kehilangan hasil jualan hartanah berjumlah RM920,612. (Free Malaysia Today, 16:07)
Read the reporting
1 report
Peguam bergaji komisen tetap boleh dianggap rakan kongsi, putus mahkamah
Mahkamah Rayuan putuskan bahawa imbuhan berasaskan komisen tidak secara automatik nafi status seorang peguam sebagai rakan kongsi di bawah Akta Perkongsian 1961. (Gambar Pexels) PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini sebulat suara mengetepikan keputusan mahkamah terdahulu yang melepaskan seorang peguam daripada liabiliti sebagai rakan kongsi sebuah firma guaman, berhubung kehilangan hasil jualan hartanah berjumlah RM920,612.
Hakim Azhahari Kamal Ramli yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan, imbuhan berasaskan komisen tidak secara automatik membatalkan kelayakan peguam terbabit untuk dianggap sebagai rakan kongsi di bawah Akta Perkongsian 1961.
Panel itu turut dianggotai Hakim Ismail Brahim dan Dean Wayne Daly.
Sehubungan itu, mahkamah membenarkan rayuan Dev Kumar terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini mengenai status peguam Puung Kok Peing sebagai rakan kongsi di Tetuan Yuen & Co. Mahkamah turut menganugerahkan award kos sebanyak RM30,000 kepada Dev.
Pertikaian itu berpunca daripada penjualan sebuah kondominium di Mont Kiara pada 2014 bernilai RM1.5 juta.
Dev mendakwa, beliau tidak menerima hasil jualan berkenaan, termasuk RM900,439 yang dipindahkan ke dalam akaun pelanggan firma guaman itu pada 20 Okt 2014.
Isu utama perbicaraan adalah sama ada Puung boleh dianggap sebagai rakan kongsi walaupun hanya dibayar komisen bagi fail kes yang dikendalikannya, dan bukannya berkongsi untung rugi firma itu.
Dalam keputusannya, panel hakim meneliti definisi perkongsian di bawah Akta Perkongsian sebagai hubungan antara individu yang menjalankan perniagaan bersama bagi tujuan memperoleh keuntungan.
Mahkamah mendapati bahawa akta tersebut tidak membezakan antara rakan kongsi bergaji, ekuiti mahupun komisen.
Panel hakim turut mempertimbangkan surat Majlis Peguam bertarikh 26 Dis 2016 berhubung status Puung, selain kesan undang-undang aturan dalaman sesebuah firma terhadap pihak ketiga yang berurusan dengannya.
Dev diwakili peguam Dinesh Nandrajog dan Wong Shu Min, manakala V Satish, S Joshua serta Angeline Nga bertindak bagi pihak Puung.
Manmohan Singh Kang tampil bagi pihak Majlis Peguam selaku amicus curiae (sahabat mahkamah).
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today16:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.