Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Peguam terkemuka, Radzuan Ibrahim kekal Presiden Pemuisi bagi sesi 2026–2028

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 19:49 MYTLatest activity 15 Oct, 19:49BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM - Peguam terkemuka, Datuk Dr Radzuan Ibrahim dipilih semula sebagai Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi) bagi sesi 2026–2028.Pemilihan semula beliau mencerminkan kesinambungan kepimpinan diterajui sejak Pemuisi ditubuhkan pada tahun 2019.Radzuan berkata, beliau telah menggariskan beberapa perancangan yang akan dilaksanakan bagi memperkukuh peranan Pemuisi, dengan penekanan khusus terhadap usaha mendekati golongan remaja dan pelajar institusi pengajian tinggi.Menurutnya, pendedahan terhadap puisi, sastera, seni dan budaya warisan bangsa perlu dipertingkatkan agar gen (Sinar Harian, 19:49)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Peguam terkemuka, Radzuan Ibrahim kekal Presiden Pemuisi bagi sesi 2026–2028

By AHMAD DZULKARNAIN MOHD AMIN · 15 Oct, 19:49 MYT

SHAH ALAM - Peguam terkemuka, Datuk Dr Radzuan Ibrahim dipilih semula sebagai Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi) bagi sesi 2026–2028.Pemilihan semula beliau mencerminkan kesinambungan kepimpinan diterajui sejak Pemuisi ditubuhkan pada tahun 2019.Radzuan berkata, beliau telah menggariskan beberapa perancangan yang akan dilaksanakan bagi memperkukuh peranan Pemuisi, dengan penekanan khusus terhadap usaha mendekati golongan remaja dan pelajar institusi pengajian tinggi.Menurutnya, pendedahan terhadap puisi, sastera, seni dan budaya warisan bangsa perlu dipertingkatkan agar generasi muda bukan sahaja mengenali keindahan bahasa, malah mampu menghayati nilai, pemikiran dan kebijaksanaan yang terkandung di dalamnya."Pelbagai program akan dilaksanakan bagi menarik minat golongan remaja, termasuk pelajar universiti. Antara inisiatif yang sedang dirancang ialah penerbitan sebuah antologi puisi yang menghimpunkan karya remaja, khususnya pelajar universiti."Kami berharap penerbitan ini dapat menyuntik semangat kepada mereka untuk terus berkarya, mengasah bakat dan melibatkan diri secara aktif dalam dunia sastera, khususnya puisi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Sebelum itu, pemilihan Radzuan dibuat dalam Mesyuarat Agung Kali Ketujuh (AGM) di Bilik Mesyuarat Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKKM), Akademi Pengajian Melayu UM pada Isnin.Dalam mesyuarat itu juga, Dekan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM), Datuk Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi dipilih sebagai Timbalan Presiden Pemuisi manakala pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu UM, Dr Mohamad Taufiq Nor Hashim dipilih sebagai Setiausaha Agung.Usahawan, Datin Nurmala Mas’odi pula dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung dan Bendahari pula disandang oleh mantan pegawai kanan Polis Bukit Aman, Datuk Rasdi Ramli sementara pengajar di Wesley Methodist Kuala Lumpur School International, Simon Wong dipilih sebagai Penolong Bendahari.Selain itu, Penasihat Karangkraf, Datuk Nasir Hamzah dipilih sebagai Pengerusi Tetap Pemuisi dan bekas Setiausaha Agung Pemuisi Drs Sundarappandian Valusamy pula diberi kepercayaan sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.Seramai lapan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) terdiri daripada individu dengan pelbagai latar belakang profesional dan kepakaran turut dipilih iaitu pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Darul Aman, Dr Kaithiri Arumugam; Penolong Pengarah IPG Malaysia, Nabila Kasdi dan Felo Elit UM, Abdul Aziz How Abdullah.Mengulas lanjut, Radzuan turut berharap agar setiap anggota Exco yang telah diberikan mandat dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen, kesungguhan dan semangat kebersamaan demi menjayakan agenda persatuan."Saya berharap setiap Exco yang baharu dipilih akan memberikan komitmen yang tinggi serta memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan setiap program yang telah dirancang oleh Pemuisi," ujarnya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow20:00
Latest 20:58 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
15 Oct, 19:49 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    19:49

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.