Malaysian Attention Engine
Live wire
52Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM50Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 202747Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok44Kanak-kanak tujuh tahun cedera diserang sekumpulan anjing liar43Business : KLIA To Conduct Full-scale Emergency Exercise On Wednesday – MAHB43Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara42General : Special Financial Aid For Taxi And Rental Car Drivers To Be Distributed In Phases Starting Wednesday - Loke42Sindiket scam menyamar jadi polis India, ‘kebas’ RM1.4 juta41MyKomuter50 pass for unlimited KTM rides could land by Dec 1, Loke says40Loke announces Khazanah to restore KL Railway Station and KTMB HQ, hopes to see end of asset sale claims40AirAsia in talks with govt over potential funding support, sources say40Budget 2027 'sweeteners' won't determine voters' choice - Hamzah
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pelajar MRSM ikuti latihan di Media Prima

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 16:31 MYTLatest activity 12 Oct, 16:31BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mengikuti latihan berkaitan penulisan berita dan fotografi selama empat hari di Media Prima Balai Berita di sini. (Berita Harian, 16:31)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Pelajar MRSM ikuti latihan di Media Prima

By Ilah Hafiz Aziz · 12 Oct, 16:31 MYT

KUALA LUMPUR: Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mengikuti latihan berkaitan penulisan berita dan fotografi selama empat hari di Media Prima Balai Berita di sini.

Program dinamakan MRSM Bintang Media 2026 itu memberi peluang kepada pelajar mendalami selok-belok industri media menerusi bimbingan petugas media.

Seramai 678 pelajar daripada 58 MRSM mendapat bimbingan dalam bidang kewartawanan, penulisan berita, penyampaian berita, fotografi dan penceritaan visual.

Pengarang Kumpulan BH, Zulkifli Jalil, berkata 13 kakitangan Media Prima terbabit dalam program berkenaan dengan berkongsi pengalaman dalam pelbagai bidang untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang media, komunikasi dan kreativiti.

Beliau berkata, bidang kewartawanan bukan hanya tertumpu kepada penulisan, sebaliknya memerlukan rasa ingin tahu, keberanian untuk bertanya, ketelitian dalam mendapatkan fakta serta keupayaan menyampaikan sesuatu cerita dengan baik.

"Sepanjang anda berada di sini, saya berharap peluang dan pembelajaran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana ini menjadi platform untuk anda menimba pengalaman, mengembangkan potensi diri dan memahami dengan lebih mendalam dunia media serta kewartawanan yang sentiasa berkembang.

"Jangan takut untuk mencuba, jangan takut untuk bertanya dan jangan takut untuk melakukan kesilapan. Mungkin dalam kalangan pelajar yang hadir pada hari ini, ada yang suatu hari nanti akan kembali ke Media Prima sebagai wartawan, editor, penyampai berita, penerbit, jurugambar atau pencipta kandungan profesional," katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Operasi Convergence, Berita dan Hal Ehwal Semasa, M Thilinadan; Pengurus Besar, Jabatan Pengedaran, Print Towers Sdn Bhd, Prakash Munusamy, dan Penolong Pengarah Inovasi dan Penyelidikan Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Muhamad Hazmil Ismail.

Zulkifli berkata, program yang bermula secara dalam talian pada 8 September lalu membabitkan 678 pelajar.

"Selepas melalui sesi bimbingan dan penilaian tugasan, seramai 100 peserta terbaik daripada 42 MRSM akhirnya dipilih untuk hadir ke pusingan akhir di Media Prima.

"Peluang yang diberikan kepada pelajar bukan sekadar untuk ruang untuk bertanding tetapi yang lebih penting untuk belajar, mencuba dan mengenali dunia sebenar industri media," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow17:0018:0019:00
Latest 19:08 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
12 Oct, 16:31 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Pelajar MRSM ikuti latihan di Media Prima
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pelajar MRSM ikuti latihan di Media Prima · Malaysian Attention Engine