Malaysian Attention Engine
Live wire
47Sport : Aichi-Nagoya 2026 Asian Para Games: Bonnie Retains 72 Kg Crown As Malaysia Claims Second Gold46China sends naval forces to monitor US warship near disputed shoal45Kebakaran Indonesia hampir 12 kali ganda keluasan London41‘Beta tidak berkenan jika ada kerabat ambil kesempatan’41Politics : PN Deregistered - RoS41World : French PM Urges Targeted Curfews After Violent Weekend Protests41Mafia korporat: Pasukan AMLA Bukit Aman beku RM4.3 bilion, sita RM1 bilion40Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta40Serba Dinamik founder Abdul Karim on Interpol Red Notice, says Anwar39Guthrie nafi cetus kebakaran hutan di Indonesia39U.S. stock futures climb as investors return to AI trade after selloff By Investing.com38Pengecualian cukai eksport minyak sawit bantu Malaysia rebut bahagian pasaran Indonesia
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pelakon hebat pun tak berhenti mempersiapkan diri - Erma sindir pelakon malas berlatih

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 16:48 MYTLatest activity 20 Oct, 16:48BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Kesungguhan Datuk Eman Manan dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar menghadiri sesi bacaan skrip dan latihan bagi filem terbaharu, Langit 2 Warna, mengundang pujian pengarah dan penerbit, Erma Fatima, yang pada masa sama menyindir sikap segelintir pelakon didakwa kurang komitmen terhadap persiapan sebelum penggambaran. (Berita Harian, 16:48)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Pelakon hebat pun tak berhenti mempersiapkan diri - Erma sindir pelakon malas berlatih

By Affan Rostam · 20 Oct, 16:48 MYT

KUALA LUMPUR: Kesungguhan Datuk Eman Manan dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar menghadiri sesi bacaan skrip dan latihan bagi filem terbaharu, Langit 2 Warna, mengundang pujian pengarah dan penerbit, Erma Fatima, yang pada masa sama menyindir sikap segelintir pelakon didakwa kurang komitmen terhadap persiapan sebelum penggambaran.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Erma berseloroh mengenai kesediaan dua pelakon berpengalaman itu menghadiri latihan, meskipun sudah meraih pelbagai pengiktirafan sepanjang perjalanan seni mereka.

"Dah bagus pun datang 'rehearsal' (latihan) ke? Dah berapa kali menang 'award' (anugerah), datang 'rehearsal' lagi ke?" tulisnya.

Erma turut memuji sikap profesional Eman dan Tamimi yang tetap memberikan perhatian terhadap persiapan watak sebelum melangkah ke set penggambaran.

"Pelakon yang jelas kehebatannya pun tak berhenti mempersiapkan diri untuk melangkah masuk set," tulisnya.

Bagaimanapun, Erma turut meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pelakon yang didakwa tidak memberikan komitmen sewajarnya terhadap sesi latihan, malah ada yang dikatakan meminta bayaran untuk menghadirinya.

"Bagaimana pula dengan pelakon yang kurang hebat? Itu pun ada pelakon yang aku dengar nak minta 'payment' (bayaran) untuk 'rehearsal'.

"Nasib baik bukan pelakon-pelakon Langit 2 Warna. Maaf, saya tidak berminat dengan pelakon sedemikian," katanya.

Filem Langit 2 Warna menandakan kepulangan Erma ke kerusi pengarah selepas lebih sedekad.

Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra, filem itu turut menampilkan Datin Seri Umie Aida serta dua pelakon terkenal Indonesia, Christine Hakim dan Reza Rahadian.

Mengangkat konflik cinta, agama dan keluarga, filem berkenaan dijadualkan menjalani penggambaran di tiga negara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Mesir, mulai November ini sebelum dijangka menemui penonton tahun depan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow17:00
Latest 17:12 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 16:48 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:48

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.