
Peluang melangkah jauh
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Peluang melangkah jauh (Harian Metro, 07:05)
Read the reporting
1 report
Peluang melangkah jauh
hafizithnin@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Penyertaan orang kurang upaya (OKU) dalam pasaran buruh tidak seharusnya dinilai berdasarkan pencapaian angka atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada pekerjaan berkualiti, pendapatan lebih baik dan perkembangan kerjaya.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pendekatan itu penting supaya usaha memperluas penyertaan OKU benar-benar memberi manfaat kepada golongan berkenaan dan tidak berakhir dengan memenuhi sasaran penyertaan sahaja.
Beliau berkata, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) memberi perhatian kepada usaha meningkatkan penyertaan kumpulan yang kurang diwakili dalam pasaran buruh termasuk OKU, wanita dan pekerja berusia.
"Bagi OKU, kerajaan menyasarkan penyertaan golongan itu dalam sektor awam mencapai sekurang-kurangnya satu peratus menjelang 2030 berbanding 0.31 peratus pada 2024.
"Bagaimanapun, penetapan KPI tidak seharusnya menjadi matlamat akhir dalam menentukan kejayaan agenda berkenaan. Sebaliknya ia perlu mengambil kira kedudukan asas semasa, perbezaan antara sektor dan jenis pekerjaan serta tahap kesediaan ekosistem," katanya kepada Harian Metro di sini, baru-baru ini.
Jelasnya, hal lebih penting adalah memastikan peningkatan penyertaan diterjemahkan kepada pekerjaan berkualiti, gaji yang wajar, peningkatan pendapatan dan perkembangan kerjaya.
"Bagi sektor swasta, belum ada sasaran khusus ditetapkan bagi penyertaan OKU seperti sasaran yang digariskan dalam sektor awam.
"Justeru, sebarang sasaran perlu mengambil kira keadaan sebenar pasaran buruh termasuk perbezaan antara sektor, jenis pekerjaan dan tahap kesediaan ekosistem," katanya.
Beliau berkata, keadaan itu juga perlu dilihat dalam konteks jurang antara penerimaan majikan terhadap kemampuan OKU dengan tahap penyertaan sebenar golongan berkenaan dalam pekerjaan.
"Persepsi positif terhadap kemampuan dan etika kerja OKU perlu diterjemahkan kepada peluang sebenar supaya bakat serta kemahiran mereka dapat dimanfaatkan dalam pasaran buruh.
"Pada masa sama, perkembangan pasaran buruh menunjukkan permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran terus wujud," kataya.
Pada suku kedua 2026, sebanyak 2.35 juta pekerjaan mahir direkodkan, meningkat 2.5 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, sebanyak 2.30 juta pekerjaan mahir sudah diisi manakala kira kira 50,200 kekosongan masih tersedia.
Pada Jun 2026, tenaga buruh negara pula berjumlah 17.34 juta orang dengan 16.83 juta daripadanya bekerja, manakala kadar penyertaan tenaga buruh berada pada 70.9 peratus.
Produktiviti buruh bagi tempoh sejam bekerja turut meningkat 5.5 peratus kepada RM46.50 sejam pada suku kedua 2026, manakala produktiviti bagi setiap pekerja meningkat 4.9 peratus kepada RM26,595.
Menurut Akmal Nasrullah, perkembangan angka itu memperlihatkan kepentingan memastikan kumpulan yang kurang diwakili turut mempunyai akses kepada peluang pekerjaan yang berkembang seiring dengan keperluan ekonomi.
"Justeru, agenda pasaran buruh inklusif di bawah RMK13 perlu bergerak seiring dengan pembangunan modal insan, peningkatan produktiviti dan pewujudan pekerjaan bernilai tinggi.
"Bagi OKU, matlamat berkenaan bermakna penyertaan mereka tidak boleh terhenti sekadar memperoleh pekerjaan, sebaliknya perlu disokong dengan peluang meningkatkan kemahiran, pendapatan dan perkembangan kerjaya," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.