Malaysian Attention Engine
NewConfirmedupdated 51 min ago

Pemancar radio gelombang sederhana tertinggi dunia dirobohkan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 22:09 MYTLatest activity 15 Oct, 22:43BMconfidence 80%

What happened

PRAGUE: Struktur tertinggi di Republik Czech, pemancar radio Liblice yang dianggap sebagai pemancar penyiaran gelombang sederhana tertinggi di dunia, dirobohkan pada hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). (Berita Harian, 22:09)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Pemancar radio gelombang sederhana tertinggi dunia dirobohkan

15 Oct, 22:09 MYT

PRAGUE: Struktur tertinggi di Republik Czech, pemancar radio Liblice yang dianggap sebagai pemancar penyiaran gelombang sederhana tertinggi di dunia, dirobohkan pada hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Rakaman video menunjukkan dua menara kekisi keluli setinggi 355 meter itu runtuh dalam tempoh beberapa saat selepas bahan letupan yang dipasang pada beberapa kabel penyokongnya diledakkan.

Kira-kira 4.5 kilogram bahan letupan khas digunakan, manakala juruteknik mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke puncak menara menggunakan lif penyelenggaraan.

Polis mengosongkan kawasan larangan sebelum operasi itu dijalankan. Tarikh perobohan tidak diumumkan lebih awal bagi mengelakkan orang ramai berkumpul untuk menyaksikannya.

Sejarah tapak pemancar itu yang terletak kira-kira 30 kilometer ke timur Prague bermula sejak 1930-an.

Kedua-dua menara kekisi keluli itu masing-masing siap dibina pada 1975 dan 1976, ketika negara berkenaan masih menjadi sebahagian daripada Czechoslovakia.

Siaran pada frekuensi 639 kilohertz suatu ketika dahulu boleh didengar jauh melangkaui sempadan Czech, termasuk di Jerman.

Bagi mengurangkan kos, penyiar awam negara itu menghentikan operasi pemancar gelombang sederhananya pada akhir 2021.

Program Country Radio terus menggunakan pemancar Liblice pada kuasa yang jauh lebih rendah sehingga akhir 2025.

Rancangan untuk memelihara menara berkenaan tidak dapat diteruskan berikutan kos penyelenggaraan dan pemodenan yang tinggi, dianggarkan hampir €7 juta (US$7.85 juta).

Pihak yang menyokong usaha pemeliharaan menara itu sebelum ini menggesa supaya ia disenaraikan sebagai monumen bersejarah dengan alasan struktur berkenaan adalah contoh kejuruteraan yang unik. Pihak lain pula berpendapat stesen itu perlu dikekalkan untuk digunakan ketika kecemasan dan bencana.– BERNAMA-dpa

TAG: Republik Czech, pemancar radio, gelombang sederhana, perobohan, Eropah

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow
Latest 22:59 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 22:09 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    22:09

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Pemancar radio gelombang sederhana tertinggi dunia dirobohkan
Astro Awani (BM)NewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.