
Pemandu bas tunggang skuter maut bertembung Proton Wira
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu bas maut selepas skuter ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira di Kampung Teluk Menara, Manir, di sini, hari ini. (Kosmo!, 12:07)
Read the reporting
1 report
Pemandu bas tunggang skuter maut bertembung Proton Wira
KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu bas maut selepas skuter ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira di Kampung Teluk Menara, Manir, di sini, hari ini.
Dalam kemalangan pada pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Faizal Salleh, 48, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Faizal dikatakan dalam perjalanan ke depoh bas di Chendering dari rumahnya di Batu Hampar, Manir, di sini.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, skuter Honda Vario ditungganginya mangsa (Mohd. Faizal) yang merupakan pemandu bas Bas.My dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.
“Sebuah kereta Proton Wira dipandu peniaga berusia 39 tahun gagal mengelak lalu merempuh skuter mangsa,” katanya di sini hari ini.
Azli berkata, mayat Mohd. Faizal telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk tindakan lanjut.
“Pemandu kereta Proton Wira pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama setelah mengadu sakit dada. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Pemandu bas tunggang skuter maut bertembung Proton Wira appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.