
Pemandu diingat elak guna lampu tinggi, kecemasan ketika jerebu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Pemandu diingat elak guna lampu tinggi, kecemasan ketika jerebu (Harian Metro, 02:50)
Read the reporting
1 report
Pemandu diingat elak guna lampu tinggi, kecemasan ketika jerebu
nurul_husna@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Pemandu diingatkan supaya tidak menggunakan lampu tinggi dan lampu kecemasan secara sebarangan ketika memandu dalam keadaan jerebu atau kabus tebal bagi mengelakkan risiko kemalangan maut.
Itu peringatan disampaikan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) keselamatan jalan raya merangkumi Road Safety Expert Association (RSEA), Malaysian Eminent Persons On Road Safety Forum Group (MEPORS) serta Road Safety Alliance Malaysia (ROSAM) menerusi kempen pesanan khidmat masyarakat.
Menurut kenyataan itu, penggunaan lampu tinggi ketika jerebu hanya akan memantulkan cahaya pada zarah udara sekali gus memburukkan lagi keadaan silau.
"Pemandu disyorkan menggunakan lampu rendah atau lampu kabus (fog lamp) sekiranya jarak penglihatan berkurangan sehingga bawah 100 meter.
"Selain itu, elakkan menyalakan lampu kecemasan ketika kenderaan sedang bergerak kerana ia boleh mengelirukan pengguna lain serta menyukarkan mereka mengesan lampu isyarat membelok.
"Lampu kecemasan hanya untuk keadaan kenderaan berhenti sahaja," katanya.
Menurut kenyataan itu, pengguna jalan raya turut digesa mengurangkan kelajuan kenderaan serta merta sebaik memasuki kawasan berasap tebal.
"Jika di lebuh raya seperti PLUS, had laju biasa adalah 110 kilometer sejam (km/j), namun dalam situasi jerebu tebal, kelajuan selamat yang disyorkan adalah antara 60 hingga 80 km/j sahaja.
"Pada masa sama, gandakan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan daripada kadar biasa dua saat kepada sekurang-kurangnya empat hingga enam saat," katanya.
Orang ramai juga dinasihatkan menyemak keadaan trafik secara langsung (live traffic) menerusi aplikasi sebelum memulakan perjalanan bagi merancang laluan lebih selamat," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro02:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.