Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Pemilihan ikut merit, keupayaan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 08:08 MYTLatest activity 11 Oct, 08:08BMconfidence 60%

What happened

Pemilihan ikut merit, keupayaan (Harian Metro, 08:08)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Pemilihan ikut merit, keupayaan

By Noor Hidayah Tanzizi · 11 Oct, 08:08 MYT

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kajang: Pemilihan pengendali anjing dalam Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Penjara Malaysia bukan berdasarkan faktor agama dan jantina sebaliknya keupayaan serta keperluan perkhidmatan dengan keutamaan mereka yang bersesuaian, kompetensi dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab itu.

Ketua Unit K9, Penguasa Penjara Raznizal Razali berkata, anggota wanita diperlukan bagi memastikan penugasan Unit K9 dilaksanakan secara menyeluruh dan lancar terutama dalam tugas tertentu membabitkan pemeriksaan atau kawalan prospek (banduan) wanita.

Menurutnya, Unit K9 akan menawarkan kekosongan perjawatan dengan pemilihan anggota akan dinilai dan dipilih berdasarkan kelayakan, merit, kesesuaian, keupayaan fizikal, disiplin, komitmen dan potensi menguasai kemahiran pengendalian anjing.

"Anggota terpilih perlu menjalani latihan khusus dan memenuhi standard komptetensi ditetapkan meliputi aspek pengendalian, penjagaan, latihan serta pengoperasian anjing K9.

"Keupayaan membentu gandingan yang baik dengan anjing serta melaksanakan tugas secara profesional turut menjadi aspek penting dalam memastikan keberkesanan penugasan.

"Jadi pembabitan anggota wanita Islam sebagai pengendali K9 bukan berdasarkan faktor agama sebaliknya ia berdasarkan keupayaan anggota serta keperluan perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata, kebajikan anggota Islam turut diberi perhatian menerusi penyediaan keperluan sertu bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugasan mengikut keperluan agama selain termasuk perolehan bahan sertu setiap tahun.

Menurutnya, Unit K9 Jabatan Penjara yang ditubuhkan pada 2008 itu kini mempunyai 80 anggota di tujuh zon seluruh negara termasuk lima anggota wanita.

Katanya, Unit K9 jabatan mempunyai 58 anjing kerja kategori anjing kawalan dan anjing pengesan dengan 44 masih aktif manakala 14 lagi sudah dibersarakan atas faktor usia serta penurunan tahap kompetensi

"Di Unit K9 Kajang kita mempunyai 26 pegawai dan anggota termasuk empat anggota wanita dengan dua daripadanya beragama Islam manakala anjing pula ada 23 iaitu 20 masih aktif, manakala tiga sudah bersara.

"Baka Belgian Shepherd (Malinois) khusus untuk anjing kawalan yang bertugas dalam rondaan dan kawalan keselamatan, kawalan serta pengiringan prospek selain untuk menjejak tahanan yang melarikan diri serta boleh membantu operasi bersama agensi lain dan menangani kejadian seperti rusuhan, pergaduhan dan gangguan keselamatan.

"Anjing pengesan terdiri daripada baka Belgian Shepherd (Malinois) dan Labrador Retriever yang dilatih untuk mengesan artikel larangan seperti dadah, telefon bimbit, tembakau, senjata tajam, dan objek berbahaya yang disembunyikan dalam institusi penjara. Kedua-dua baka ini mempunyai keupayaan bekerja dalam tempoh panjang," katanya.

Raznizal berkata, Unit K9 adalah aset sokongan teknikal penting dalam membantu memastikan dan memperkukuhkan aspek keselamatan, kawalan dan pencegahan di institusi penjara dengan keupayaan anjing terlatih melaksanakan tugas secara khusus, pantas dan berkesan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:52 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 08:08 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    08:08

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Pemilihan ikut merit, keupayaan
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.