
Pendidikan warga asing terutama anak pelarian perlu penelitian menyeluruh - PIBGN
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Pendidikan warga asing terutama anak pelarian perlu penelitian menyeluruh - PIBGN
KUALA LUMPUR: Akses pendidikan kepada kanak-kanak warga asing terutama pelarian di sekolah kerajaan perlu diteliti secara menyeluruh bagi memastikan kebajikan dan kepentingan pendidikan anak tempatan tidak terjejas.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata kerajaan perlu memperhalusi perkara itu dengan mengambil kira aspek pembiayaan, kaedah pelaksanaan serta kesan jangka panjang terhadap sistem pendidikan negara.
Beliau berkata, perkara itu perlu diteliti bagi memastikan ia tidak menjejaskan peluang pendidikan yang sepatutnya diberikan kepada anak warganegara terlebih dahulu kerana pendidikan warga tempatan adalah keutamaan.
"Perkara itu perlu diteliti, diperhalusi dan dirancang sebaik mungkin terutama tidak menjejas pendidikan yang sepatutnya dinikmati oleh warga negara sendiri terlebih dahulu.
"Kita tidak mahu timbul masalah sosial dan kesan jangka panjang yang tidak diingini nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Ali berkata, antara perkara perlu dikaji dan dipertimbangkan ialah amalan terbaik dilakukan negara luar dalam menyediakan pendidikan kepada warga asing termasuk pelarian selain perihal kos pembiayaan berkenaan.
"Kajian turut perlu meneliti kesesuaian tempat khusus selain memastikan pembabitan negara asal kanak-kanak dalam usaha memberikan pendidikan serta mekanisme pembiayaan pendidikan berkenaan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Izzat Johari berkata, beliau maklum anak kepada warga asing yang mempunyai dokumen dan permit kerja sah di negara ini dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan, namun tertakluk syarat ditetapkan.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu tetap dikhuatiri jika ada pihak yang mengambil kesempatan susulan kebanjiran warga asing di negara ini termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Justeru, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) digesa memperketatkan kemasukan penerimaan murid baharu terutama dalam kalangan warga asing terutama mereka yang tidak mempunyai dokumen lengkap, PATI dan pelarian.
"Saya secara peribadi tidak bersetuju jika ada kanak-kanak warga asing tidak mempunyai dokumen sah dibenarkan ke sekolah kerajaan walaupun mereka sanggup bayar berapa sahaja jumlah yuran ditetapkan kerana itu tidak sewajarnya berlaku.
"Jadi, saya berharap KPM terus kekal dengan dasar yang tegas supaya kita tidak membenarkan PATI atau pelarian belajar bersama-sama dengan anak kita di sekolah," katanya.
Rabu lalu media melaporkan kanak-kanak berstatus bukan warganegara Malaysia masih layak mendapat akses pendidikan di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan jika mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa kandung warganegara, tertakluk kepada syarat dan prosedur KPM.
April lalu kerajaan turut dilapor akan memastikan semua kanak-kanak termasuk dalam kalangan pelarian dan pemohon suaka di negara ini mendapat akses pendidikan inklusif.
Pada 14 Jun 2023 media melaporkan, KPM sedang meneliti untuk meminda peraturan kemasukan ke sekolah bagi memastikan akses pendidikan disediakan kepada kanak-kanak, termasuk bukan warganegara dan mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.