
Pendigitalan pesat sektor awam dan swasta luaskan permukaan serangan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Pendigitalan pesat sektor awam dan swasta luaskan permukaan serangan (Harian Metro, 07:08)
Read the reporting
1 report
Pendigitalan pesat sektor awam dan swasta luaskan permukaan serangan
saufi@mediaprima.com.my
Keselamatan siber bukan lagi sekadar isu teknikal, sebaliknya sudah menjadi agenda keselamatan negara susulan ancaman yang semakin kompleks, merentas sempadan dan memberi kesan langsung terhadap kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.
Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Ir Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin berkata, peningkatan penekanan kerajaan terhadap peruntukan keselamatan siber sejak tiga tahun kebelakangan ini mencerminkan perubahan landskap ancaman yang semakin mencabar.
Menurutnya, pendigitalan pesat dalam sektor awam dan swasta turut memperluaskan permukaan serangan, manakala perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) membawa bentuk ancaman baharu yang tidak lagi terhad kepada kandungan palsu yang dihasilkan AI.
"Cabaran bukan lagi sekadar kandungan palsu yang dijana AI, tetapi ejen AI yang mampu bertindak sendiri, menggunakan akses sebenar dan melaksanakan tugas pada kelajuan mesin.
"Penyalahgunaan ejen AI dalam kempen pengintipan siber yang dilaporkan syarikat AI global menunjukkan bagaimana teknologi terbabit boleh menjadi alat kepada pihak yang mempunyai niat jahat.
"Pada masa sama, ancaman daripada komputer kuantum juga perlu diberi perhatian kerana kemajuan teknologi itu berpotensi memecahkan perlindungan kriptografi yang digunakan ketika ini," katanya.
Katanya, data yang dipintas pada masa sekarang berpotensi dinyahsulit pada masa hadapan, sekali gus menuntut tindakan awal bagi memastikan sistem keselamatan digital negara kekal berdaya tahan.
Sehubungan itu, kerajaan memperkukuh kesiapsiagaan negara secara menyeluruh menerusi strategi, perundangan, teknologi dan pembangunan kapasiti, termasuk Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2025-2030 serta penguatkuasaan Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854).
Rang Undang-Undang Jenayah Siber 2026 yang telah diluluskan Parlimen turut menjadi antara langkah memperkukuh kerangka keselamatan siber negara.
Megat Zuhairy berkata, peruntukan keselamatan siber perlu dilihat sebagai pelaburan strategik untuk melindungi kepentingan negara dan bukannya sekadar perbelanjaan bagi menangani ancaman semasa.
Beliau berkata, bentuk pelaburan kerajaan juga berubah daripada pembiayaan operasi asas kepada pembinaan keupayaan jangka panjang yang berimpak tinggi.
Jika diimbas ketika Belanjawan 2025, katanya, ia memberi tumpuan kepada pengukuhan NACSA termasuk penambahan perjawatan bagi menyokong pelaksanaan Akta 854 dan fungsi penyelarasan keselamatan siber nasional, selain memperkukuh keupayaan teknikal CyberSecurity Malaysia dalam pengujian keselamatan, pemantauan ancaman dan pensijilan digital.
Bagi Belanjawan 2026 pula, menurutnya, ia memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan kriptografi dan perkhidmatan keselamatan kriptografi bagi memperkukuh kepercayaan digital, selain pelaburan dalam teknologi strategik termasuk perancangan infrastruktur Sovereign AI Cloud dan Pelan Migrasi Kriptografi Pasca-Kuantum (PQC) Kebangsaan 2025-2030.
"Antara langkah penting ialah penubuhan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi (CSCDC) Berhad yang menggabungkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) dengan CyberSecurity Malaysia.
"Penggabungan itu menyatukan kepakaran kriptologi dan keselamatan siber negara di bawah satu bumbung, selain memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian keselamatan siber dan kriptografi buatan Malaysia," katanya.
Beliau berkata, Malaysia turut menunjukkan perkembangan positif dalam menghadapi ancaman komputer kuantum apabila diiktiraf sebagai satu-satunya negara ASEAN bertaraf Tahap Satu bagi kesiapsiagaan migrasi kriptografi pasca-kuantum dalam laporan ASEAN Post-Quantum Cryptography Readiness 2026.
Dalam perkembangan berkaitan, usaha membina kepercayaan digital turut diperkukuh menerusi MyDigital ID yang sehingga 10 Oktober lalu merekodkan lebih 14.3 juta pengguna.
Lebih 1,000 perkhidmatan kini boleh diakses menerusi lebih 200 aplikasi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta yang sudah berintegrasi, manakala kerajaan menyasarkan 17 juta pengguna menjelang Disember ini.
Mengulas pembangunan platform AI tempatan, Megat Zuhairy berkata, usaha itu hanya akan bermakna sekiranya platform berkenaan selamat, dipercayai dan dibangunkan dengan kepakaran tempatan.
Menurutnya, NACSA juga sudah membangunkan Kerangka Sistem Keselamatan Siber (AISCF) sebagai kerangka rujukan nasional bagi melindungi sistem AI sepanjang kitar hayatnya, termasuk memastikan manusia sentiasa mempunyai keupayaan untuk memantau dan menghentikan sistem AI apabila diperlukan.
Katanya, kejayaan agenda itu turut bergantung kepada pembangunan bakat tempatan yang mampu memimpin, berinovasi dan menghasilkan penyelesaian berdasarkan keperluan negara.
"Malaysia bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi pembangun dan peneraju teknologi yang selamat, bertanggungjawab dan berdaya saing.
"Malaysia juga tidak bersendirian kerana keselamatan siber kini dilihat di seluruh dunia sebagai tunjang kedaulatan negara, dengan banyak negara meningkatkan peruntukan khusus bagi memodenkan infrastruktur digital serta melindungi infrastruktur maklumat kritikal.
"Dalam menghadapi ancaman yang merentas sempadan, kerjasama antarabangsa turut diperkukuh melalui perkongsian maklumat ancaman dan penyelarasan insiden menerusi ASEAN Regional CERT, selain penyertaan Malaysia dalam usaha berkaitan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Jenayah Siber dan proses menyertai Konvensyen Budapest mengenai Jenayah Siber," katanya.
Megat Zuhairy berkata, peruntukan kerajaan dalam keselamatan siber selari dengan trend global, namun Malaysia memberikan penekanan khusus terhadap pembinaan keupayaan sendiri menerusi bakat tempatan, penyelesaian buatan Malaysia dan kerjasama strategik antarabangsa.
Katanya, pendekatan itu penting bagi membentuk ekosistem keselamatan siber yang berdaulat dan berdaya tahan, selain memberi keyakinan kepada rakyat serta pelabur bahawa infrastruktur digital negara dilindungi oleh kepakaran tempatan yang semakin diiktiraf.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:08
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.