
Penduduk dilarang minum air paip akibat pencemaran logam berat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Longyearbyen, Norway: Penduduk di sebuah bandar terpencil di Norway yang terletak di salah satu kawasan paling cepat mengalami pemanasan di dunia diarahkan supaya tidak lagi meminum air paip berikutan pencemaran logam berat yang dikaitkan saintis dengan pencairan tanah beku kekal (permafrost), lapor The Guardian. (Harian Metro, 12:41)
Read the reporting
1 report
Penduduk dilarang minum air paip akibat pencemaran logam berat
Longyearbyen, Norway: Penduduk di sebuah bandar terpencil di Norway yang terletak di salah satu kawasan paling cepat mengalami pemanasan di dunia diarahkan supaya tidak lagi meminum air paip berikutan pencemaran logam berat yang dikaitkan saintis dengan pencairan tanah beku kekal (permafrost), lapor The Guardian.
Longyearbyen di Kepulauan Svalbard memperoleh sebahagian besar bekalan air minumannya daripada tasik takungan sepanjang 2.5 kilometer dikenali sebagai Isdammen atau 'kolam ais'.
Peningkatan suhu akibat perubahan iklim menyebabkan permafrost mencair, sekali gus mendedahkan batuan dasar yang membebaskan logam ke dalam tasik berkenaan.
Terletak kira-kira 1,287 kilometer dari Kutub Utara, Longyearbyen mengalami pemanasan pada kadar lima hingga tujuh kali ganda berbanding purata dunia dengan suhu musim luruh meningkat sehingga empat darjah Celsius dalam tempoh sedekad.
Menurut penyelidik, pencemaran logam berat itu berkemungkinan berpunca daripada pencairan permafrost dan keadaan geologi kawasan berkenaan yang dahulunya adalah bandar perlombongan.
Permafrost ialah tanah yang kekal beku sepanjang tahun kecuali lapisan permukaannya yang mencair ketika musim panas.
"Kombinasi pencairan permafrost dan batuan dasar syal yang mengandungi mineral pirit menyebabkan pencemaran bekalan air di sini," kata pakar permafrost yang juga Profesor Madya Geologi Artik di Pusat Universiti Svalbard, Marjolaine Verret.
Beliau menjelaskan bahawa apabila pirit terdedah kepada air dan oksigen, mineral itu teroksida lalu menghasilkan asid yang boleh melarutkan logam berat daripada batuan dan membawanya ke aliran air.
Menurutnya, paras mangan yang tinggi menjadi isu utama di Longyearbyen, namun bahan pencemar lain juga boleh terlarut daripada batuan berkenaan.
Pihak berkuasa tempatan, Longyearbyen lokalstyre, mula memberi amaran kepada 2,600 penduduknya selepas paras mangan dalam bekalan air didapati 25 kali ganda melebihi paras 50 mikrogram seliter yang disyorkan Institut Kesihatan Awam Norway pada September tahun lalu.
Datuk Bandar Longyearbyen, Terje Aunevik berkata, kualiti air minuman di kawasan itu sememangnya tidak pernah memuaskan akibat kandungan sedimen, namun paras mangan kali ini meningkat mendadak.
Pendedahan berpanjangan kepada paras mangan yang tinggi boleh menyebabkan masalah neurologi khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan bayi.
Langkah kecemasan sementara dilaksanakan termasuk menyediakan tangki pusat yang membekalkan air tulen percuma. Air yang ditapis oleh syarikat pembuat bir tempatan itu disediakan di pasar raya untuk penduduk mengisi semula bekas masing-masing.
Paras mangan kemudian menurun, namun awal tahun ini, paras sulfat dan nikel pula didapati melebihi had yang disyorkan bagi air minuman, menyebabkan larangan meminum air paip kekal berkuat kuasa.
Aunevik berkata, walaupun paras mangan ketika itu "tidak berbahaya", garis panduan kerajaan tetap perlu dipatuhi.
Beliau mengakui krisis berkenaan mencetuskan keresahan dan menyebabkan sesetengah penduduk berang dengan kesulitan yang dihadapi.
Datuk bandar itu berkata, sistem saluran bekalan air yang baharu sepenuhnya mungkin diperlukan.
Antara pilihan yang sedang dipertimbangkan ialah memasang sistem penapisan di Isdammen dan membina loji penyahgaraman air laut sebagai sumber sokongan atau sebaliknya.
Menurut Aunevik, kedua-dua pilihan itu memerlukan kos yang sangat tinggi selain berdepan cabaran teknikal berikutan suhu ekstrem di Svalbard, dengan suhu air sering berada di bawah takat beku.
Beliau berkata, penduduk Norway yang selama ini terbiasa meminum air paip kini terpaksa membawa air sendiri dan komuniti kecil lain perlu bersedia sekiranya sumber air mereka turut terjejas.
Verret dan saintis lain memberi amaran bahawa pencemaran sumber air di Longyearbyen mungkin menjadi petanda awal kesan perubahan iklim terhadap komuniti lain di Artik.
Batuan dasar yang kaya dengan pirit dan logam berat serta pencairan permafrost turut berlaku di kawasan lain termasuk utara Kanada dan Alaska, sekali gus berpotensi menjejaskan sumber air tawar.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.