
Penduduk takut anjing lapar serang mereka
Only social or community posts, or a single source.
What happened
GUA MUSANG – Kehadiran anjing liar yang kerap dilihat berkeliaran mencari makanan di kawasan perumahan Bandar Utama di sini, sejak tiga bulan lalu mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan dan nyawa penduduk. (Kosmo!, 09:23)
Read the reporting
1 report
Penduduk takut anjing lapar serang mereka
GUA MUSANG – Kehadiran anjing liar yang kerap dilihat berkeliaran mencari makanan di kawasan perumahan Bandar Utama di sini, sejak tiga bulan lalu mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan dan nyawa penduduk.
Rata-rata penduduk yang ditemui menyatakan mereka bimbang kejadian yang menimpa Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi, 2, yang parah digigit lima ekor anjing liar di bahagian kepala, muka dan badan di Kampung Tambak, Peserai, Sungai Kelambu, Batu Pahat, Johor pada 5 September lalu berulang.
Seorang penduduk, Muhamad Nasir Ismail, 45, berkata, terdapat lebih 10 ekor anjing berbeza sering berkeliaran di tepi rumah dan jalan bagi menyelongkar plastik sampah untuk mencari sisa makanan yang dibuang.
Katanya, situasi itu bukan sahaja menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan nyawa, tetapi juga isu kebersihan.
Ujarnya, anjing berkenaan turut dilihat menggeledah lampin pakai buang mengandungi najis di luar kediaman.
“Anjing berkenaan dilihat datang ketika terdapat sisa makanan dan kadangkala bergerak dalam kumpulan.
“Kami bimbang kalau anjing ini mengejar atau menyerang penduduk, terutama kanak-kanak.
“Kami tidak mahu kejadian menimpa Nur Haira Wafiqah berulang. Kami harap ada tindakan supaya masalah ini tidak menjadi lebih serius,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Miza Abdullah, 32, berkata, masalah berkenaan turut menimbulkan rasa kurang selesa kerana anjing liar kerap mencari makanan di kawasan kediaman itu.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang, Datuk Mohd. Roshdi Ismail berkata, pihaknya mengambil maklum masalah yang dihadapi penduduk dan akan melakukan operasi kawalan serta tangkapan anjing pada masa terdekat.
The post Penduduk takut anjing lapar serang mereka appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:23
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.