Malaysian Attention Engine
Live wire
50Tiga kereta, tiga motosikal tertimbus dalam tanah runtuh di Kajang45Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir ketika memancing401MDB reaches settlement with Deutsche Bank in US$1.1bil suit3540 rumah, 2 jambatan gantung dihanyutkan banjir kilat di Nepal34Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara33General : ANGKASA Wants All Cooperatives To Fulfill Qualification Process To Become MyKasih Business Partners32Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM32General : Sarawak To Work Closely With Fed Govt To Set Framework For SEZ32General : Malaysia To Raise Haze Issue At ASEAN Foreign Ministers' Meeting – Mohamad32General : Tuanku Muhriz Will Not Attend Conference of Rulers Meeting31Angka ekonomi cantik tapi rakyat masih terhimpit – Hamzah31Perkukuh strategi kurangkan risiko kebergantungan E&E
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Peng tawan tawan 5 gunung agung dalam 5 hari

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 20:03 MYTLatest activity 12 Oct, 20:03BMconfidence 60%

What happened

Beijing: Seorang wanita dari barat daya China meraih perhatian selepas berjaya mendaki lima gunung terkenal di lima wilayah dalam tempoh lima hari. (Harian Metro, 20:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Peng tawan tawan 5 gunung agung dalam 5 hari

By Agensi · 12 Oct, 20:03 MYT

Beijing: Seorang wanita dari barat daya China meraih perhatian selepas berjaya mendaki lima gunung terkenal di lima wilayah dalam tempoh lima hari.

Peng, 27, memulakan perjalanan dari kampung halamannya di Guiyang, wilayah Guizhou, pada 23 September.

Dia mendaki Gunung Hua di wilayah Shaanxi pada 24 September, diikuti Gunung Heng di wilayah Shanxi pada 25 September, Gunung Tai di wilayah Shandong pada 26 September, Gunung Song di wilayah Henan pada 27 September dan satu lagi Gunung Heng di wilayah Hunan pada 28 September.

Kelima-lima gunung itu dikenali sebagai Lima Gunung Agung China yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta kepentingan sejarah dan budayanya.

Memetik South China Morning Post, Peng dilapor berkata, dia tertarik mencuba cabaran itu selepas menemui pakej pelancongan yang mengajak orang ramai mendaki lima gunung berkenaan bagi 'memahami China secara mendalam'.

Sebagai peminat aktiviti pendakian, dia memutuskan untuk menyahut cabaran itu pada akhir September lalu sebagai meraikan hari ke-10,000 usianya.

Difahamkan, Peng mendaki pada waktu siang sebelum meneruskan perjalanan dan tidur di dalam kereta api pada waktu malam.

Dia menggunakan aplikasi Liang Bu Lu untuk merekodkan laluan pendakian dan membuat daftar masuk di lokasi ditetapkan di puncak setiap gunung, seperti yang diwajibkan penganjur.

Peng dilapor mengambil masa antara empat hingga sembilan jam bagi mendaki setiap gunung dan berjalan sehingga 39,000 langkah sehari.

Dua daripada lima gunung terbabit iaitu Gunung Hua dan Gunung Heng di Hunan terpaksa menggunakan kereta kabel untuk turun.

Katanya, dia membelanjakan 4,000 yuan (kira-kira RM 2,442) untuk keseluruhan perjalanan, manakala berat badannya susut sebanyak 500 gram (g) selepas menamatkan cabaran berkenaan.

Peng mengakui tersangat letih selepas menawan gunung terakhir, namun pulih dengan cepat selepas berehat pada malam dan tidak mengalami sakit otot atau keletihan berpanjangan.

Walaupun bimbang sebelum memulakan perjalanan kerana tidak pernah mendaki untuk tempoh lama atau pada tahap intensiti sedemikian, wanita itu berbangga apabila berjaya menyelesaikan cabaran dengan lancar termasuk dengan bantuan orang tidak dikenali sepanjang perjalanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow21:00
Latest 21:54 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 20:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    20:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.