
Pengarah syarikat didakwa pecah amanah lebih RM101,000
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan pecah amanah membabitkan dana lebih RM101,000, dua tahun lalu. (Berita Harian, 12:54)
Read the reporting
2 reports
Pengarah syarikat didakwa pecah amanah lebih RM101,000
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan pecah amanah membabitkan dana lebih RM101,000, dua tahun lalu.
Lee Lun Teong, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu sebagai Pengarah Syarikat Menarez Development Sdn Bhd diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana milik syarikat itu.
Tertuduh didakwa melakukan pecah amanah jenayah terhadap harta itu dengan memindahkan RM101,679.98 dari akaun syarikat ke akaun milik tertuduh sebagai 'fi pengarah'.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Menarez Development Sdn Bhd di Sentul di sini, antara 1 November hingga 7 Disember 2024.
Dia boleh dihukum mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebat dan denda.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zul Hilmi Latif menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin, selain memohon syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Sementara itu, peguam bela tertuduh, Wan Shahrizal Wan Ladin memohon jaminan dikurangkan kepada RM20,000.
"Pembelaan berpendapat adalah memadai supaya anak guam melapor diri di balai polis.
"Saya mohon pasport beliau tidak perlu diserahkan kepada mahkamah kerana dia seorang ahli perniagaan dan memerlukan pasport untuk urusan ke luar negara, selain tiada elemen membuktikan dia berisiko melarikan diri," katanya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali.
Sebutan semula kes pada 9 Disember ini untuk serahan dokumen.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 4 independent sources
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (6)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.