
Penggodam serang peti sejuk, ratusan pasar raya Perancis terjejas
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Paris: Tindakan penggodam menaikkan suhu peti sejuk dan peti sejuk beku di ratusan pasar raya Perancis sehingga 50 darjah Celsius dalam tempoh semalaman menyebabkan kebakaran dan makanan rosak. (Harian Metro, 11:55)
Read the reporting
1 report
Penggodam serang peti sejuk, ratusan pasar raya Perancis terjejas
Paris: Tindakan penggodam menaikkan suhu peti sejuk dan peti sejuk beku di ratusan pasar raya Perancis sehingga 50 darjah Celsius dalam tempoh semalaman menyebabkan kebakaran dan makanan rosak.
Pejabat pendakwa raya Paris pada Isnin berkata, serangan siber berskala besar itu menjejaskan peti sejuk yang disambungkan ke beberapa rangkaian peruncit makanan utama di seluruh Perancis.
Perdana Menteri Sebastien Lecornu mengarahkan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan Perancis (ANSSI) untuk menyiasat insiden itu.
Perancis juga menyelaras siasatan dengan rakan sejawat di Eropah yang berkemungkinan terjejas, selain menilai risiko terhadap syarikat Perancis yang lain.
Penganalisis kanan risikan ancaman siber di Pusat Pengesanan dan Penyelidikan Ancaman Sekoia, Felix Aime berkata, Sepanyol, Portugal, Poland, Jerman dan Belgium dilaporkan terjejas serangan itu.
Carrefour berkata, 80 pasar rayanya menjadi sasaran, manakala Monoprix melaporkan lima peratus daripada kira-kira 490 kedainya di seluruh Perancis mengalami serangan berkenaan.
Pemilik rangkaian pasar raya Intermarche, Les Mousquetaires berkata, peti sejuk di kira-kira 150 premisnya 'dipanaskan' sehingga 50 darjah Celsius selama enam jam pada waktu malam.
"Semua makanan yang terjejas dibuang bagi menghapuskan risiko kesihatan," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Intermarche, Thierry Cotillard berkata, serangan yang belum pernah berlaku itu boleh menyebabkan kerugian puluhan juta euro dalam tempoh sehari.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cooperative U, Dominique Schelcher pula mengesahkan, kumpulan pasar rayanya turut menjadi sasaran, manakala persatuan peruncitan Eropah Eurocommerce menegaskan insiden itu menunjukkan kepentingan daya tahan di seluruh rantaian bekalan.
Sumber yang rapat dengan Lecornu berkata, ANSSI mengenal pasti terdapat kelemahan dalam perisian dibekalkan syarikat Denmark, Danfoss yang sedia maklum mengenai insiden itu dan mendakwa hanya menjejaskan sebahagian kecil sistem pengurusan penyejukan.
Danfoss berkata, unit yang terjejas menggunakan perisian tegar versi lama dan pihaknya sudah lama menasihatkan pelanggan supaya memastikan sistem disokong perisian tegar terkini, serta beralih daripada sistem lama kepada teknologi terkini.
Di Belanda, peruncit, Ahold Delhaize yang mengendalikan rangkaian pasar raya Albert Heijn berkata, pihaknya sedang menangani isu keselamatan dalam rangkaiannya dan menutup beberapa sistem sebagai langkah berjaga-jaga.
Aplikasi telefon pintar Albert Heijn turut memaklumkan bahawa penghantaran barangan runcit tidak dapat dilakukan susulan insiden keselamatan siber.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:55
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.