Malaysian Attention Engine
Live wire
45Sport : Harimau Malaya Head Coach Appointment Still Under Discussion - Mohammed Taufiq42FDS digantung sementara, perkhidmatan kesihatan diteruskan menerusi kaedah alternatif40Pegawai kerajaan maut ditikam suami39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM37Elizabeth Tan kritik lakonan sendiri, Liyana Jasmay tetap puas hati36General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am36World : Children Among Multiple Victims In Shooting At Oregon Elementary School35`Saya tak pergi daftar belajar sebab tak cukup duit' - Pelajar cemerlang35PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35Woman brushing teeth behind wheel flashes middle finger before kicking auxiliary cop in groin at Glo Damansara35Amir Masdi idam konsert berskala besar
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pengguna berhak dapat pampasan adil

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 09:10 MYTLatest activity 16 Oct, 09:10BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM - Pengguna yang mengalami kerosakan kenderaan akibat mengisi petrol bercampur air berhak mendapat pampasan yang adil dan sewajarnya sekiranya pencemaran bahan api itu terbukti menjadi punca kerosakan.Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr Saravanan Thambirajah berkata, pampasan itu bukan sahaja perlu meliputi kos membaiki kenderaan, malah perbelanjaan menunda, pemeriksaan teknikal, penggantian komponen rosak dan pengangkutan alternatif akibat kenderaan tidak dapat digunakan.Menurutnya, pengguna tidak sepatutnya dibebankan dengan proses tunt (Sinar Harian, 09:10)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Pengguna berhak dapat pampasan adil

By NURUL HIDAYAH HAMID · 16 Oct, 09:10 MYT

SHAH ALAM - Pengguna yang mengalami kerosakan kenderaan akibat mengisi petrol bercampur air berhak mendapat pampasan yang adil dan sewajarnya sekiranya pencemaran bahan api itu terbukti menjadi punca kerosakan.Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr Saravanan Thambirajah berkata, pampasan itu bukan sahaja perlu meliputi kos membaiki kenderaan, malah perbelanjaan menunda, pemeriksaan teknikal, penggantian komponen rosak dan pengangkutan alternatif akibat kenderaan tidak dapat digunakan.Menurutnya, pengguna tidak sepatutnya dibebankan dengan proses tuntutan yang rumit atau mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan hak mereka."Syarikat petroleum perlu menyediakan mekanisme tuntutan yang mudah, telus dan cepat. FOMCA mencadangkan pemeriksaan teknikal dilakukan pihak bebas bagi memastikan punca kerosakan dikenal pasti secara adil dan pengguna tidak dinafikan hak."Tanggungjawab memastikan kualiti dan keselamatan petrol terletak pada semua pihak dalam rantaian pembekalan dan penjualan bahan api termasuk syarikat petroleum, pengedar serta pengusaha stesen minyak," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Justeru, Saravanan berpandangan, mereka yang didapati bertanggungjawab perlu menanggung kerugian pengguna sekiranya berlaku pencemaran akibat kecuaian mana-mana pihak.Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) digesa menjalankan siasatan menyeluruh termasuk pemeriksaan tangki simpanan, sistem penghantaran bahan api, pam minyak dan prosedur kawalan kualiti di stesen minyak terlibat."Keputusan siasatan dan ujian makmal perlu dimaklumkan secara telus kepada masyarakat bagi mengelakkan kekeliruan serta memastikan keyakinan pengguna terhadap isu keselamatan," katanya.Beliau turut menyarankan supaya KPDN bekerjasama dengan syarikat petroleum bagi menyediakan mekanisme penyelesaian aduan dan pampasan lebih pantas tanpa memaksa pengguna melalui proses perundangan panjang serta membebankan.Tambahnya, tindakan penguatkuasaan yang tegas perlu diambil sekiranya siasatan membuktikan berlaku kecuaian atau pelanggaran peraturan."Pengguna membeli petrol dengan kepercayaan bahawa bahan api tersebut selamat dan memenuhi standard kualiti ditetapkan. Pengguna tidak sepatutnya menanggung kerugian akibat kecuaian pihak lain," tegasnya.Dalam pada itu, Saravanan berkata, setakat ini, FOMCA melalui Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) masih belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung isu berkenaan.Bagaimanapun, katanya, FOMCA mengambil maklum mengenai laporan yang tular dan akan terus memantau perkembangan isu berkenaan."Kami mengalu-alukan mana-mana pengguna terjejas untuk tampil membuat aduan kepada FOMCA atau NCCC berserta bukti seperti resit pembelian petrol, laporan pemeriksaan bengkel dan gambar kerosakan kenderaan," tambahnya.Katanya, FOMCA akan meneliti aduan diterima sebelum membantu memanjangkan perkara itu kepada pihak penguat kuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 09:43 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
16 Oct, 09:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    09:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Pengguna berhak dapat pampasan adil
Sinar HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.