
Penghawa dingin percuma jika Hospital Mara dibina di Cameron Highlands
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Penghawa dingin percuma jika Hospital Mara dibina di Cameron Highlands (Google News Malaysia (BM), 11:41)
Read the reporting
1 report
Penghawa dingin percuma jika Hospital Mara dibina di Cameron Highlands
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri Dr. Ramli Mohd Nor menawarkan kemudahan penghawa dingin percuma sekiranya Hospital Mara dibina di kawasan tanah tinggi itu.
Ramli yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, faktor cuaca sejuk dan nyaman di Cameron Highlands menjadikan kawasan itu sesuai dipertimbangkan bagi pembinaan hospital berkenaan.
“Saya ingin menawarkan Hospital Mara di Cameron Highlands. Saya tawarkan aircond free (penghawa dingin percuma), tidak perlu kos kerana kawasan ini sesuai, sejuk dan nyaman. Saya bersedia menyediakan tempat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa menawarkan Negeri Sembilan sebagai lokasi pembinaan hospital berkenaan.
“Negeri Sembilan bersiap sedia untuk menyediakan tanah bagi Hospital Mara ini,” kata Mohd Isam.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, beberapa pihak telah menawarkan lokasi untuk pembinaan Hospital Mara walaupun projek itu masih dalam peringkat perancangan.
Menurut beliau, kajian terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan mengenai lokasi dan pelaksanaan hospital berkenaan dibuat.
“Sebenarnya, ramai yang menawarkan tempat untuk membina Hospital MARA walaupun masih lagi dalam perancangan. Namun, kajian secara terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu,” katanya. – UTUSAN
The post Penghawa dingin percuma jika Hospital Mara dibina di Cameron Highlands appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)11:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.