Malaysian Attention Engine
Live wire
46Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Golden Tigers terima durian runtuh RM160,00045Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak44Pemandu bas mahu mekanisme agihan bantuan RM1,000 diperjelas39General : Missing Malaysians In Nepal: Families Seek Financial Relief Framework38General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am37King Sultan Ibrahim conferred Jordan's highest civilian honour37Nahas Jalan Kuching: ‘Asiah bangun Asiah, kita dah nak sampai hospital’37Rai anugerah sehari dua, selepas itu dilupakan - Namron36Muzik menyatukan kita - Nidji36Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok35General : Influencers Should Not Exploit 3R Issues For Social Media Content – Yuneswaran
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pengiktirafan unggul buat pengorbanan wanita atau ibu

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 07:08 MYTLatest activity 13 Oct, 07:08BMconfidence 60%

What happened

PENINGKATAN tempoh cuti bersalin kepada maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran satu pengiktirafan terhadap keperluan wanita dalam mengimbangi tanggungjawab pekerjaan, pemulihan selepas bersalin dan penjagaan anak. (Harian Metro, 07:08)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Pengiktirafan unggul buat pengorbanan wanita atau ibu

By BERNAMA · 13 Oct, 07:08 MYT

PENINGKATAN tempoh cuti bersalin kepada maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran satu pengiktirafan terhadap keperluan wanita dalam mengimbangi tanggungjawab pekerjaan, pemulihan selepas bersalin dan penjagaan anak.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Madya Dr Rajwani Md Zain berkata, tempoh cuti yang lebih panjang memberikan ruang kepada ibu menyesuaikan diri dengan perubahan kehidupan selepas kelahiran.

Beliau berkata, dari aspek kebajikan anak, masa yang diluangkan bersama ibu pada peringkat awal kehidupan penting untuk membina hubungan erat dan keperluan bayi difahami dengan lebih baik.

Peningkatan kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan kepada 490 hari turut memberikan fleksibiliti lebih besar kepada penjawat awam wanita untuk memanfaatkan kemudahan itu bagi kelahiran seterusnya, tertakluk kepada peraturan pelaksanaan.

Pada masa sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Belanjawan 2027 turut mengumumkan peruntukan RM20 juta untuk menambah baik pusat penjagaan kanak-kanak di fasiliti kerajaan.

Rajwani berkata, kemudahan itu perlu menyediakan persekitaran yang selamat dan berkualiti, mudah diakses serta dikendalikan oleh pengasuh terlatih.

"Kemudahan ini dapat membantu mengurangkan kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan anak ketika mereka bekerja, ditambah dengan situasi atau isu sosial sekarang seperti penderaan atau kemalangan," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Madya Dr Janice Nga berkata, peningkatan tempoh cuti bersalin kepada 98 hari bagi setiap kelahiran adalah perkembangan yang baik.

"Namun, terdapat kebimbangan langkah itu boleh mempengaruhi keputusan majikan untuk mengambil pekerja wanita," katanya.

Janice, yang juga Ketua Kluster Ekonomi Perancangan dan Pembangunan Pusat Pembangunan dan Dasar Ekonomi (CEDP) UMS berkata, pelaburan dalam latihan kemahiran berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diberi perhatian bagi membantu golongan orang kurang upaya (OKU) mencapai tahap berdikari dan tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi.

Menerusi Belanjawan 2027 juga, Anwar turut mengumumkan kerajaan bersetuju menyediakan Geran Sejahtera MADANI untuk peralatan dan latihan kepada 40 ribu penerima khususnya wanita dengan peruntukan RM200 juta.

Bagi penjagaan dan keselamatan kanak-kanak pula, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Pesuruhjaya Kanak-kanak akan diperkukuh, begitu juga perlindungan kepada pemberi maklumat dan saksi.

Kerajaan turut memperuntukkan geran padanan RM100 juta menerusi Yayasan GLIC-GLC bagi memperkasa ekosistem penjagaan kanak-kanak termasuk menyediakan latihan kepada 6,000 pengasuh di lebih 50 kawasan baharu di sembilan negeri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 07:46 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
13 Oct, 07:08 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:08

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.