
Pengundi Cina penghalang GPS ‘sapu bersih’ 82 DUN, kata penganalisis
Only social or community posts, or a single source.
What happened
GPS kini memiliki 80 daripada 82 DUN Sarawak manakala dua lagi kerusi iaitu Padungan dan Pending diwakili DAP. PETALING JAYA: Pengundi Cina dijangka menjadi penghalang kepada hasrat Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyapu bersih semua 82 kerusi DUN pada PRN akan datang, kata penganalisis. (Free Malaysia Today, 10:30)
Read the reporting
1 report
Pengundi Cina penghalang GPS ‘sapu bersih’ 82 DUN, kata penganalisis
GPS kini memiliki 80 daripada 82 DUN Sarawak manakala dua lagi kerusi iaitu Padungan dan Pending diwakili DAP. PETALING JAYA: Pengundi Cina dijangka menjadi penghalang kepada hasrat Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyapu bersih semua 82 kerusi DUN pada PRN akan datang, kata penganalisis.
James Chin daripada Universiti Tasmania berkata, pengundi Cina di kawasan bandar tidak mahu GPS menguasai semua kerusi, sebaliknya dijangka memastikan DAP mengekalkan sekurang-kurangnya dua kerusi.
“Pengundi Cina tidak suka idea memberi GPS 100% kerusi. Berdasarkan pemerhatian saya, mereka pasti akan memastikan DAP memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi. Jadi, sapu bersih adalah mustahil,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Parti Bumi Kenyalang (PBK) merayu orang ramai menyekat kemenangan ‘sapu bersih’ GPS, dengan Presiden, Voon Lee Shan, memberi amaran penguasaan mutlak boleh mewujudkan kerajaan yang bertindak seperti ‘diktator’.
James Chin Chin berkata, kelemahan utama pembangkang terletak di kawasan majoriti Melayu dan Dayak, manakala persaingan lebih sengit berlaku di kawasan majoriti Cina.
“Pembangkang perlu mencatat kemenangan di kawasan Dayak khususnya Bidayuh, jika mahu mencapai kemajuan ketara,” katanya.
Beliau berkata, kekuatan GPS didorong naratif tempatan 'Sarawak First’, penerimaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi serta pendidikan percuma tanpa mengira kaum, termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Katanya, GPS turut mempunyai kelebihan kewangan besar, termasuk kira-kira RM4 bilion setahun selepas memenangi kes cukai terhadap Petronas, selain peruntukan persekutuan bagi projek infrastruktur.
Sementara itu, Dick Lembang Dugun daripada Universiti Malaysia Sarawak berkata, ketiadaan blok pembangkang yang kukuh melemahkan fungsi semak dan imbang di DUN yang kini hanya mempunyai dua wakil pembangkang.
Katanya, walaupun kelab penyokong kerajaan pernah memainkan peranan semak dan imbang, ketiadaan pembangkang yang kukuh dan berkredibiliti tetap memberi kesan kepada kualiti demokrasi negeri.
“Ironinya, kekuatan GPS yang menampilkan 'politik prestasi' dalam menyantuni keluh-kesah rakyat menyebabkan pembangkang kehilangan tawaran nilai yang berkesan kepada rakyat,” katanya.
Namun, menurutnya ketiadaan suara semak dan imbang dalam jangka panjang boleh merencatkan demokrasi, justeru ketelusan dan akauntabiliti perlu terus menjadi pegangan GPS.
GPS kini memiliki 80 daripada 82 DUN Sarawak, manakala dua lagi kerusi iaitu Padungan dan Pending diwakili DAP.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today10:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.