Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : China Agrees In Principle With Malaysia's Proposal For World TVET Council - Ahmad Zahid43Mayat pemancing ditemui terapung di Tasik Bukit Raja43General : Helicopter Crash: Sarawak Contributes RM00,000 To Victims' Families43Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202543General : School Bus Owners, Operators Urged To Update Drivers' Details For RM1,000 Aid - APAD40Pupils refusing to sit with classmates of other faiths, says MP39Dr Wee schools DAP MP on supplementary allocations39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39Bumbung sekolah runtuh di Peshawar, 21 maut38BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia37Guna gelaran tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri36General : Haze: Implementation Of UASA Next Week Postponed -- MOE
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pengurus, pembantu pengurus rangkaian restoran didakwa pecah amanah lebih RM58,000

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 13:17 MYTLatest activity 16 Oct, 13:17BMconfidence 60%

What happened

KUANTAN – Seorang pengurus dan pembantu pengurus sebuah rangkaian restoran makanan di Pekan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat atas sembilan pertuduhan pecah amanah membabitkan wang jualan syarikat berjumlah RM58,400.30.Tertuduh, Siti Norsuzuanie Ali, 29, dan Muhammad Zulhilmi Ahyauddin, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang bertugas di restoran di cawangan Pekan didakwa secara bersama melakukan pecah amanah dengan memanipulasi transaksi bayaran balik dalam sist (Sinar Harian, 13:17)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·1 min read

Pengurus, pembantu pengurus rangkaian restoran didakwa pecah amanah lebih RM58,000

By NORAWAZNI YUSOF · 16 Oct, 13:17 MYT

KUANTAN – Seorang pengurus dan pembantu pengurus sebuah rangkaian restoran makanan di Pekan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat atas sembilan pertuduhan pecah amanah membabitkan wang jualan syarikat berjumlah RM58,400.30.Tertuduh, Siti Norsuzuanie Ali, 29, dan Muhammad Zulhilmi Ahyauddin, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang bertugas di restoran di cawangan Pekan didakwa secara bersama melakukan pecah amanah dengan memanipulasi transaksi bayaran balik dalam sistem Point of Sale (POS) membabitkan 1,199 resit tanpa kebenaran syarikat.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu menerusi sembilan pertuduhan membabitkan transaksi dari Januari hingga September lalu dengan jumlah kerugian keseluruhan RM58,400.30.Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 9 pagi hingga 10 malam di premis berkenaan.Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Azizah Ahmad menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan, termasuk melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Bagaimanapun, peguam Datuk Zahaman Zainal Abidin yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan paling minimum dengan alasan ia bertujuan memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah, bukannya sebagai hukuman."Anak guam saya, Siti Norsuzuanie berpendapatan antara RM1,900 hingga RM2,200 sebulan dan perlu menanggung seorang anak perempuan berusia sembilan tahun serta ibunya yang uzur."Manakala Muhammad Zulhilmi memperoleh pendapatan antara RM1,700 hingga RM2,200 sebulan dan menanggung ibu warga emas serta seorang adik yang masih belajar," rayuannya dalam prosiding tersebut.Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap tertuduh bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.Kes disebut semula pada 23 November depan.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow14:00
Latest 14:13 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
16 Oct, 13:17 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    13:17

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.