
Penternak rugi RM8,000, 10 kambing peliharaan mati akibat banjir
Only social or community posts, or a single source.
What happened
GUA MUSANG: Seorang warga emas rugi hampir RM8,000 apabila 10 kambing peliharaannya mati akibat banjir kilat di Taman KESEDAR Putra, di sini, hari ini. (Berita Harian, 16:14)
Read the reporting
1 report
Penternak rugi RM8,000, 10 kambing peliharaan mati akibat banjir
GUA MUSANG: Seorang warga emas rugi hampir RM8,000 apabila 10 kambing peliharaannya mati akibat banjir kilat di Taman KESEDAR Putra, di sini, hari ini.
Mohamad Sapiin, 69, berkata, kejadian itu pertama berlaku sejak dia menternak kambing lebih lima tahun lalu.
Katanya, kawasan berhampiran simpang di bawah jambatan taman perumahan itu kerap dinaiki air setiap kali hujan lebat, namun cepat surut dan tidak pernah menjejaskan kandangnya.
"Biasanya air bertakung akan surut dalam satu hingga dua jam dan tidak pernah sampai ke kandang kambing yang terletak lebih 100 meter dari situ.
"Namun hujan lebat tengah malam tadi menyebabkan sungai kecil berhampiran melimpah.
"Sehingga jam 12 tengah hari ini, air masih belum surut," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurutnya, sebahagian besar kambing yang mati sudah sedia untuk dijual, termasuk jenis baka Boer yang bernilai sehingga RM2,000 seekor.
Berikutan kejadian itu, katanya, dia terpaksa meminta bantuan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) bagi memindahkan sembilan ekor kambing lagi ke tempat selamat.
"Saya reda dengan dugaan ini dan menganggap tiada rezeki. Difahamkan, dua lembu milik penternak lain di kawasan sekitar turut mati akibat lemas," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd Syahbuddin Hashim berkata, beliau sudah berhubung dengan Ketua Jajahan Gua Musang, Datuk Mohd Roshdi Ismail, untuk meminta Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) mengadakan mesyuarat khas bagi menyelesaikan masalah infrastruktur di kawasan berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:14
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.