
Penunggang motosikal terlibat kemalangan BYD Seal masih dirawat, mangsa stabil
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Penunggang motosikal yang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta elektrik (EV) BYD Seal masih menerima rawatan di hospital. (Utusan Malaysia, 19:48)
Read the reporting
1 reportPenunggang motosikal terlibat kemalangan BYD Seal masih dirawat, mangsa stabil
PETALING JAYA: Penunggang motosikal yang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta elektrik (EV) BYD Seal masih menerima rawatan di hospital.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan seterusnya menafikan kematian seperti dakwaan yang tular.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian.
“Orang ramai perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Hari ini, pemandu BYD Seal itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, termasuk memandu secara berbahaya.
Tertuduh, Raeven Goh Wey Haur, 24, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang juga pegawai bank didakwa memandu kereta BYD Seal secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Asiah Ahmad Syahir, 5.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kuching dari arah pusat bandar menghala ke Segambut pada pukul 3.44 petang, 10 Oktober 2026.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu secara berbahaya di lokasi dan waktu sama mengikut Seksyen 42 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga didakwa gagal berhenti selepas terbabit kemalangan jalan raya di lokasi dan waktu sama mengikut Seksyen 52 (1) APJ 1987 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara maksimum enam bulan. – UTUSAN
The post Penunggang motosikal terlibat kemalangan BYD Seal masih dirawat, mangsa stabil appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia19:48
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.