
Peperiksaan sekolah agama di Johor diteruskan ikut jadual
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JOHOR BAHRU – Peperiksaan Sijil Menengah Agama yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 23 Oktober ini akan diteruskan seperti yang telah ditetapkan. (Kosmo!, 13:59)
Read the reporting
1 report
Peperiksaan sekolah agama di Johor diteruskan ikut jadual
JOHOR BAHRU – Peperiksaan Sijil Menengah Agama yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 23 Oktober ini akan diteruskan seperti yang telah ditetapkan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama di Sekolah Menengah Agama Negeri Johor di daerah Batu Pahat bagi mata pelajaran Lughah Arabiah Muasirah yang dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober ini turut diteruskan.
“Peperiksaan akhir tahun bagi murid Tahap Satu, iaitu Darjah Satu hingga Darjah Tiga Sekolah Agama Kerajaan Johor yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober akan diteruskan.
“Ujian Lisan Al-Quran bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain 2026 untuk murid Darjah Lima pula dilanjutkan hingga 21 Oktober manakala Ujian Lisan Al-Quran dan Hafazan bagi peperiksaan akhir tahun murid Darjah Satu hingga Darjah Lima dilanjutkan hingga 5 November,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, penetapan itu dilakukan Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) susulan pengumuman Kerajaan Negeri Johor semalam yang memutuskan meneruskan penutupan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negeri selama lima hari lagi bermula esok, susulan situasi jerebu.
Mohd Fared berkata, arahan tersebut turut terpakai kepada Institusi Pendidikan Agama di bawah bidang kuasa JAINJ namun pengecualian terhad boleh diberikan bagi pelaksanaan peperiksaan tertentu yang perlu diteruskan, tertakluk kepada penyelarasan dan ketetapan pihak berkuasa berkaitan.
Beliau berkata, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid, semua calon diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang tempoh peperiksaan selain perlu hadir pada hari peperiksaan dijalankan sahaja dan hendaklah pulang ke rumah masing-masing sebaik selesai menduduki peperiksaan pada hari berkenaan.
“Semua murid yang tidak terlibat dengan mana-mana peperiksaan pula tidak perlu hadir ke sekolah sepanjang tarikh penutupan operasi. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah akan diteruskan bagi semua sekolah agama di bawah JAINJ bagi memastikan kesinambungan pembelajaran murid,” katanya.
Kerajaan Negeri Johor sebelum ini mengumumkan penutupan semua sekolah selama dua hari bermula 8 Oktober, disusuli lanjutan penutupan sekolah, termasuk institusi pendidikan selama lima hari bermula 12 Oktober lepas. – Bernama
The post Peperiksaan sekolah agama di Johor diteruskan ikut jadual appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!13:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.