
Perkukuh integriti, banteras ketirisan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Menyebut nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), mungkin masih ada yang membayangkan pegawai memeriksa barangan di pintu masuk negara atau mengutip cukai daripada pedagang. Namun, hakikatnya tugas JKDM jauh lebih besar. (Harian Metro, 07:05)
Read the reporting
1 report
Perkukuh integriti, banteras ketirisan
Menyebut nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), mungkin masih ada yang membayangkan pegawai memeriksa barangan di pintu masuk negara atau mengutip cukai daripada pedagang. Namun, hakikatnya tugas JKDM jauh lebih besar.
Di sebalik uniform dan kuasa penguatkuasaan yang dimiliki, JKDM memikul amanah melindungi hasil negara, membanteras penyeludupan, mengekang penyelewengan cukai serta memastikan ekonomi negara tidak terus dibolosi ketirisan.
Lebih mencabar, dalam dunia perdagangan yang semakin kompleks dan modus operandi sindiket yang semakin licik, JKDM perlu bergerak pantas dengan risikan, teknologi, analisis data dan penguatkuasaan berasaskan risiko.
Ikuti wawancara bersama Ketua Pengarah JKDM, DATUK SERI AMRAN AHMAD bersama wartawan MUHAAMAD HAFIS NAWAWI dan jurufoto, AIZUDDIN SAAD.
Datuk Seri baru dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam. Apakah visi dan misi dalam menerajui JKDM?
Visi saya adalah untuk memacu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagai sebuah organisasi penguatkuasaan dan pentadbiran cukai tidak langsung yang moden, berprestasi tinggi serta diyakini oleh rakyat dan komuniti perniagaan.
Dalam menerajui JKDM, saya menetapkan aspirasi 'Kompeten, Integriti dan Tegas' sebagai teras kepimpinan dan budaya kerja Jabatan. Setiap warga JKDM hendaklah kompeten dalam melaksanakan tanggungjawab dan menyampaikan perkhidmatan, menjadikan integriti sebagai asas setiap keputusan dan tindakan serta tegas dalam menegakkan undang-undang dan mempertahankan kepentingan negara.
Sebagai agensi yang mendukung kepentingan fiskal dan ekonomi negara, JKDM berperanan mengoptimumkan kutipan hasil negara, memudah cara perdagangan yang sah serta melindungi ekonomi negara daripada penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan hasil.
Sehubungan itu, keutamaan saya adalah untuk memperkukuh tadbir urus cukai tidak langsung, meningkatkan pematuhan secara sukarela, memodenkan sistem penyampaian melalui pendigitalan serta memperluas penggunaan data dan analisis risiko.
Selain itu, apakah iltizam Datuk Seri dalam memastikan JKDM terus dihormati dan diyakini sebagai sebuah agensi penguatkuasaan?
Sesebuah agensi penguatkuasaan tidak dihormati hanya kerana kuasa yang dimilikinya, tetapi dinilai berdasarkan cara kuasa terbabit dilaksanakan.
Justeru, setiap tindakan JKDM hendaklah berlandaskan undang-undang, dilaksanakan secara adil dan telus serta disokong oleh tahap profesionalisme yang tinggi.
Iltizam saya adalah untuk membentuk JKDM yang tegas terhadap penyeludupan, penyelewengan cukai dan sebarang bentuk ketidakpatuhan namun pada masa yang sama cekap, responsif dan konsisten dalam memberikan layanan yang adil kepada semua pihak.
Setiap tindakan penguatkuasaan hendaklah dilaksanakan secara tegas, berintegriti, bertanggungjawab dan berlandas undang-undang. Bagi mencapai matlamat itu, keupayaan penguatkuasaan JKDM akan terus diperkukuh melalui pemantapan risikan, penggunaan analitik data dan teknologi terkini, pelaksanaan pemeriksaan serta audit berasaskan risiko, pengukuhan kerjasama strategik antara agensi dan peningkatan kompetensi pegawai secara berterusan.
Seperti agensi penguatkuasaan lain, JKDM turut berdepan cabaran berkaitan disiplin dan integriti dalam kalangan pegawai. Bagaimanakah Datuk Seri melihat isu ini?
Integriti adalah asas kewibawaan JKDM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan dan pentadbir cukai tidak langsung negara.
Pegawai JKDM memegang amanah serta kuasa perundangan yang besar. Oleh itu, setiap kuasa mesti dilaksana secara profesional, berhemah dan bertanggungjawab. Pendirian saya jelas, tiada kompromi terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan atau pelanggaran tatakelakuan. Sekiranya terdapat bukti salah laku, tindakan tegas diambil berdasarkan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa serta melalui proses yang adil dan telus.
Pada masa yang sama, integriti tidak boleh dibina melalui tindakan hukuman semata-mata. Ia perlu diperkukuh melalui kawalan dalaman yang berkesan, pengurusan risiko integriti, latihan berterusan, saluran pelaporan yang selamat serta kepimpinan melalui teladan pada setiap peringkat.
Perbuatan segelintir individu tidak boleh dibiarkan menjejaskan kepercayaan rakyat mahupun pengorbanan majoriti warga JKDM yang menjalankan amanah dengan jujur dan penuh dedikasi.
Pada pandangan Datuk Seri, apakah salah faham terbesar masyarakat terhadap peranan JKDM.
Salah faham yang paling lazim ialah JKDM hanya sebuah agensi kutipan cukai atau sekadar menjalankan pemeriksaan di pintu masuk negara.
Hakikatnya, JKDM memikul tanggungjawab lebih luas dan strategik sebagai pentadbir utama cukai tidak langsung, agensi penguatkuasaan undang-undang perkastaman, pelindung hasil dan ekonomi negara serta pemudah cara perdagangan yang sah.
Apakah mesej kepada rakyat mengenai peranan JKDM yang sering dilihat hanya sebagai agensi kutipan cukai?
Mesej saya kepada rakyat ialah tanggungjawab melindungi negara daripada penyeludupan dan ketirisan hasil memerlukan kerjasama semua pihak.
Masyarakat boleh membantu dengan tidak membeli barangan tidak sah serta menyalurkan maklumat mengenai kegiatan penyeludupan kepada pihak berkuasa.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.