
Perlu digubal, dikuat kuasa
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Perlu digubal, dikuat kuasa (Harian Metro, 06:22)
Read the reporting
1 report
Perlu digubal, dikuat kuasa
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ketiadaan Akta Halal secara khusus menjadikan penguatkuasaan terhadap salah guna logo dan sijil halal terpaksa bergantung kepada undang-undang perdagangan.
Ia sekali gus mewujudkan jurang penguatkuasaan dan tindakan yang kurang menyeluruh.
Untuk rekod, pensijilan halal di negara ini kekal sukarela dan kesalahan hanya boleh didakwa jika ada pernyataan dagangan palsu, keadaan yang mengekalkan keraguan pengguna Islam terhadap status makanan yang dibeli.
Bekas Ketua Hakim Syarie Perak, Prof Madya Datuk Muhamad Asri Abdullah berkata, Akta Halal perlu digubal dan dikuatkuasakan bagi mengelak salah guna logo halal.
Beliau menyifatkan akta itu sebagai penantian yang terlalu lama, sambil menegaskan ia akan menjadi rujukan utama pemain industri halal negara dan global serta membanteras pemalsuan sijil halal yang disifatkan berleluasa sejak sekian lama.
Harian Metro sebelum ini mendedahkan kes salah guna logo halal membabitkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pendedahan eksklusif itu membuktikan bahawa integriti pengurusan halal perlu diperkasakan segera agar keyakinan pengguna tidak terjejas akibat tindakan segelintir pengusaha yang menganggap pensijilan halal sekadar alat pemasaran semata-mata.
Muhammad Asri berkata, antara kelemahan sijil halal ini adalah ia bersifat sukarela dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh mewajibkan sijil halal sebagai syarat memperbaharui lesen perniagaan, menyukarkan pemantauan premis makanan bukan Islam dan industri kecil.
"Saya melihat pertindihan bidang kuasa iaitu hal ehwal agama Islam bawah kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), manakala undang-undang dagangan di bawah Persekutuan.
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tiada kuasa menyiasat dan mendakwa, mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, kuasa penguatkuasaan, serbuan dan pendakwaan terletak pada pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), sementara pegawai JAKIM atau JAIN biasa bertindak sebagai pakar rujuk teknikal.
"Undang-undang hanya menghukum jika ada penipuan atau representasi palsu, premis tidak memohon sijil halal, tetapi mengekalkan operasi meragukan sukar didakwa kerana tiada pernyataan dagangan palsu dibuat," katanya.
Pada masa sama, beliau berharap akta itu menentukan tindakan terhadap sijil palsu, peniruan sijil dan pihak yang memperoleh sijil tetapi tidak mematuhi keperluan syariah.
"Penggubalan Akta Halal ini mampu untuk menyelesaikan masalah eksploitasi serta penipuan penggunaan logo berkenaan sekali gus menjaga integriti perolehan sijil halal secara menyeluruh," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.