Malaysian Attention Engine
Live wire
61Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan54Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik54Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok49Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46FAM dijangka meterai MoU dengan 2 penaja baharu45Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri44General : Corporate Mafia: RM4.3 Billion Frozen, RM1 Billion Seized Since Late 2022 - PM Anwar44Business : National Carmakers To Sustain 2026 Sales Momentum - HLIB Research44Kerajaan tak pernah keluar arahan tangguh siasat kes Felda43Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November42Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 2026
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Perluas pelepasan cukai kepada penyelamat haiwan jalanan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 10:22 MYTLatest activity 20 Oct, 10:22BMconfidence 60%

What happened

CADANGAN pelepasan cukai bagi pengambilan haiwan angkat dan penjagaan kesihatan veterinar di bawah Belanjawan 2027 berpotensi mengukuhkan amalan pemilikan haiwan secara bertanggungjawab, di samping meningkatkan usaha pencegahan penyakit zoonotik dan pengurusan haiwan terbiar. (Berita Harian, 10:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Perluas pelepasan cukai kepada penyelamat haiwan jalanan

By BERNAMA · 20 Oct, 10:22 MYT

CADANGAN pelepasan cukai bagi pengambilan haiwan angkat dan penjagaan kesihatan veterinar di bawah Belanjawan 2027 berpotensi mengukuhkan amalan pemilikan haiwan secara bertanggungjawab, di samping meningkatkan usaha pencegahan penyakit zoonotik dan pengurusan haiwan terbiar.

Dekan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Mohd Faizal Ghazali, berkata inisiatif kerajaan itu dapat menggalakkan pemilik haiwan melakukan vaksinasi, yang sebelum ini dianggap membebankan dari segi kewangan.

Beliau berkata, amalan vaksinasi amat penting bagi mencegah penularan penyakit berjangkit dalam kalangan haiwan serta mengurangkan risiko penyakit zoonotik iaitu penyakit yang boleh merebak daripada haiwan kepada manusia.

"Antara ancaman serius ialah rabies atau penyakit anjing gila yang boleh membawa maut apabila gejala klinikal muncul. Oleh itu, langkah pencegahan melalui vaksinasi dan pengurusan kesihatan haiwan perlu diberi perhatian," katanya.

Dr Mohd Faizal yang juga pengasas Fakulti Perubatan Veterinar UniSZA berkata, peningkatan kadar vaksinasi dalam kalangan haiwan peliharaan dapat membantu membentuk perlindungan komuniti, sekali gus mengurangkan risiko penularan penyakit dan kos pengurusan wabak dalam jangka panjang.

Selain itu, beliau berkata pelepasan cukai bagi pengambilan haiwan dari pusat perlindungan berdaftar berpotensi menggalakkan budaya Adopt, Don't Shop sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pembiak haiwan tidak berdaftar.

"Langkah ini dapat membantu meringankan kos permulaan pengambilan haiwan angkat termasuk pemeriksaan kesihatan awal, pemandulan dan pendaftaran selain menyokong usaha pusat perlindungan menguruskan haiwan terbiar," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mohd Faizal menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) mempermudah proses pendaftaran pusat perlindungan haiwan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berskala kecil bagi membolehkan lebih banyak pusat perlindungan berdaftar memenuhi syarat kelayakan dan membantu memperluas manfaat insentif kepada masyarakat.

Sementara itu, Pengerusi Ipoh Society for the Prevention of Cruelty to Animals (ISPCA) Ricky Soong berkata inisiatif berkenaan sedikit sebanyak membantu menggalakkan masyarakat mengambil 'haiwan angkat' dari pusat jagaan, sekali gus mengurangkan kesesakan pusat itu.

Bagaimanapun, beliau berkata kebiasaannya pusat jagaan tidak mengenakan bayaran atau hanya yuran nominal untuk mereka yang berminat mengambil haiwan di pusat jagaan, sekali gus tidak memberi impak langsung kepada penggiat kebajikan haiwan jalanan.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan turut melaksanakan inisiatif pelepasan cukai untuk menggalakkan sumbangan korporat dan individu terus kepada NGO berdaftar.

"Pusat perlindungan haiwan (NGO) dan penyelamat persendirian menanggung kos operasi yang sangat tinggi dari segi makanan, sewa dan rawatan perubatan tanpa sebarang subsidi kerajaan. Jadi, kerajaan perlu berkolaborasi secara holistik bersama NGO, doktor veterinar dan PBT untuk memastikan dasar ini benar-benar menyelesaikan isu pokok haiwan terbiar di peringkat akar umbi," katanya.

Dalam isu sama, pemelihara haiwan, Rosdalila Zahari, 40, berkata langkah pelepasan cukai diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu meringankan beban kewangan pemilik haiwan, khususnya mereka yang memelihara lebih daripada seekor kucing dan perlu menanggung kos penjagaan secara berterusan.

"Walaupun kucing saya bukan daripada baka mahal, kos penjagaannya tetap tinggi. Kos vaksinasi, pemandulan, rawatan perubatan dan perbelanjaan sampingan boleh mencecah antara RM500 hingga RM1,000 bagi seekor kucing, bergantung pada jenis rawatan dan keperluan kesihatan.

"Selain kucing yang saya bela, saya juga memberi makan, minum serta rawatan ke atas lima ekor kucing jalanan yang selalu datang ke rumah," katanya.

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2027 baru-baru ini, mengumumkan cadangan memperluas skop pelepasan cukai pendapatan individu bagi gaya hidup merangkumi kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow11:00
Latest 11:12 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 10:22 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.