
Perodua sumbang kenderaan baharu kepada polis Selangor
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Perodua sumbang kenderaan baharu kepada polis Selangor (Harian Metro, 12:11)
Read the reporting
1 report
Perodua sumbang kenderaan baharu kepada polis Selangor
lizamridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyumbang sembilan unit kenderaan kepada dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), iaitu IPD Hulu Selangor dan IPD KLIA, sebagai sokongan terhadap usaha penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan awam di Selangor.
Sumbangan menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu membabitkan tujuh unit Perodua Ativa dan dua unit Perodua Aruz bagi membantu meningkatkan keupayaan operasi pihak polis dalam melaksanakan tugas harian.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, sumbangan itu mencerminkan penghargaan syarikat terhadap peranan polis dalam menjaga keselamatan negara serta komitmen anggota pasukan keselamatan kepada masyarakat.
"Kami menghargai peranan polis dalam menjaga keselamatan negara serta memuji pengorbanan dan dedikasi yang ditunjukkan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
"Kami berharap sumbangan ini dapat membantu melancarkan usaha pihak polis untuk terus berkhidmat kepada rakyat," katanya dalam kenyataan.
Penyerahan kenderaan itu dilaksanakan secara berperingkat sejak April lalu, dengan tiga unit Perodua Ativa diserahkan kepada IPD Hulu Selangor pada peringkat awal, manakala baki enam unit diserahkan dalam majlis di Kuala Kubu Bharu pada 12 Oktober 2026.
Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, yang menerima replika kunci daripada Zainal Abidin sebagai simbolik penyerahan dan kerjasama antara Perodua dengan pihak polis.
Perodua berkata, syarikat itu terus menjalin kerjasama dengan pihak polis, khususnya di Selangor, dengan jumlah sumbangan kenderaan kepada beberapa IPD di negeri itu mencecah 21 unit sejak 2019, termasuk sumbangan terbaharu.
Sebelum ini, Perodua menyumbang dua unit Bezza pada 2019, empat unit Myvi pada 2022 dan enam unit kenderaan pelbagai model pada 2024, sekali gus meneruskan sokongan syarikat terhadap keperluan operasi pihak polis.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:11
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.