
Persiapan nikah hampir selesai, rumah pula musnah terbakar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TAWAU: Ketika persiapan perkahwinannya sudah hampir selesai dan hanya menunggu hari bahagia pada 19 Disember depan, bakal pengantin diuji apabila rumah keluarganya musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, di sini, malam tadi. (Berita Harian, 10:37)
Read the reporting
1 report
Persiapan nikah hampir selesai, rumah pula musnah terbakar
TAWAU: Ketika persiapan perkahwinannya sudah hampir selesai dan hanya menunggu hari bahagia pada 19 Disember depan, bakal pengantin diuji apabila rumah keluarganya musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, di sini, malam tadi.
Mazlin Jufri, 23, berkata, dia terkejut dengan kejadian yang memusnahkan rumah ibu bapanya dan 15 rumah lain dalam kebakaran kira-kira jam 9.30 malam itu.
Kerani syarikat swasta itu bagaimanapun bersyukur wang hantaran pihak pengantin lelaki tidak terjejas kerana sudah dimasukkan ke dalam bank beberapa hari sebelum kejadian.
Beliau berkata, persiapan untuk majlis perkahwinan juga sudah diatur termasuk jemputan kedua-dua pihak keluarga, selain tempahan perkhidmatan andaman dan butik pengantin.
Katanya, perancangan asal adalah mengadakan kenduri secara rewang dengan bantuan sanak saudara dan jiran seperti yang dilakukan ketika majlis perkahwinan tiga adik-beradiknya sebelum ini.
"Kami memang merancang buat kenduri secara rewang kerana lebih meriah apabila saudara-mara dan jiran berkumpul, selain mahu mengekalkan tradisi keluarga.
"Namun selepas kejadian ini, mungkin pilihan yang ada adalah menggunakan khidmat katering dan menyewa dewan untuk majlis nanti," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Komander Operasi Kanan merangkap Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Madzlan Sarman, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.31 malam sebelum pasukan tiba di lokasi kira-kira tiga minit kemudian.
Beliau berkata, kebakaran membabitkan 16 rumah kediaman jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan keseluruhan hampir 5000 meter persegi yang musnah sepenuhnya.
Bagaimanapun, tindakan pasukan bomba mengawal kebakaran berjaya menyelamatkan kira-kira 300 rumah berhampiran daripada turut terbakar.
"Operasi berjaya dikawal pada jam 11.55 malam dan tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian10:37
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.