
Pertemuan Anwar-Min Aung Hlaing bukan iktiraf Kerajaan Myanmar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KOTA KINABALU: Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Myanmar Min Aung Hlaing hari ini bukan bertujuan memberikan pengiktirafan kepada kerajaan negara berkenaan, sebaliknya bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu pelarian Myanmar yang telah lama berlarutan di Malaysia. (Google News Malaysia (BM), 14:05)
Read the reporting
1 report
Pertemuan Anwar-Min Aung Hlaing bukan iktiraf Kerajaan Myanmar
KOTA KINABALU: Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Myanmar Min Aung Hlaing hari ini bukan bertujuan memberikan pengiktirafan kepada kerajaan negara berkenaan, sebaliknya bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu pelarian Myanmar yang telah lama berlarutan di Malaysia.
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata pendekatan berkenaan membuktikan kerajaan memanfaatkan saluran diplomatik bagi menangani isu domestik, termasuk berkaitan pelarian Myanmar.
“Pertemuan ini bukan satu pengiktirafan terhadap kerajaan Myanmar, bukan. Tetapi kita mengadakan pertemuan ini untuk mencari jalan penyelesaian isu pelarian Myanmar yang telah lama berlarutan dalam negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Inanam Sentral di sini, hari ini.
Beliau berkata pertemuan itu diharap membuahkan hasil positif, termasuk dalam memastikan isu pelarian Myanmar di Malaysia dapat diuruskan menerusi saluran yang betul.
“Jadi, insya-Allah, pertemuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Presiden Myanmar pada hari ini, kita doakan membuahkan hasil yang cukup positif, memastikan bahawa 19 etnik Myanmar yang merupakan kumpulan pelarian Myanmar di Malaysia, rata-rata akan bergerak ke Myanmar menggunakan saluran-saluran yang betul dan kita dapat menguruskan isu-isu yang dihadapi dalam negara kita,” katanya.
Fahmi berkata selain pertemuan dengan Presiden Myanmar, terdapat satu lagi pertemuan penting yang dijadualkan berlangsung esok selepas pembentangan Belanjawan.
Antara perkara yang akan dibincangkan termasuk usaha memperkukuh hubungan dua hala serta isu berkaitan Palestin.
“Nantikanlah hasil daripada pertemuan dan perbincangan dua pertemuan penting yang akan berlaku pada hari ini dan esok,” katanya.
Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dijadual mengadakan lawatan negara ke Malaysia pada 9 hingga 10 Okt ini. – BERNAMA
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Google News Malaysia (BM)) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)14:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
