
Pesara rugi RM70,000 diperdaya ‘pegawai polis’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TANGKAK: Seorang pesara kerajaan berputih mata selepas kerugian RM70,000 akibat terjerat taktik penipuan panggilan telefon oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis. (Utusan Malaysia, 10:04)
Read the reporting
1 report
Pesara rugi RM70,000 diperdaya ‘pegawai polis’
TANGKAK: Seorang pesara kerajaan berputih mata selepas kerugian RM70,000 akibat terjerat taktik penipuan panggilan telefon oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun, kelmarin.
Beliau berkata, suspek yang menyamar sebagai pegawai polis telah menghubungi mangsa pada 30 September lalu dan mendakwa warga emas berkenaan terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
“Suspek memperdaya mangsa supaya menyerahkan kad ATM miliknya menerusi perkhidmatan penghantaran seperti diarahkan bagi tujuan siasatan pihak polis.
“Mangsa kemudian menyedari ditipu selepas mendapati berlaku pengeluaran wang tunai sebanyak tujuh transaksi dari akaunnya tanpa pengetahuan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Roslan, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-UTUSAN
The post Pesara rugi RM70,000 diperdaya ‘pegawai polis’ appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.