Malaysian Attention Engine
Live wire
45Sport : Harimau Malaya Head Coach Appointment Still Under Discussion - Mohammed Taufiq42FDS digantung sementara, perkhidmatan kesihatan diteruskan menerusi kaedah alternatif40Pegawai kerajaan maut ditikam suami39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM37Elizabeth Tan kritik lakonan sendiri, Liyana Jasmay tetap puas hati36General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am36World : Children Among Multiple Victims In Shooting At Oregon Elementary School35`Saya tak pergi daftar belajar sebab tak cukup duit' - Pelajar cemerlang35PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35Woman brushing teeth behind wheel flashes middle finger before kicking auxiliary cop in groin at Glo Damansara35Amir Masdi idam konsert berskala besar
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Poland pertimbang wajibkan kerahan tenaga

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 08:30 MYTLatest activity 16 Oct, 08:30BMconfidence 60%

What happened

WARSAW: Poland mempertimbangkan untuk mengembalikan khidmat ketenteraan wajib bagi memperkukuh angkatan tenteranya susulan peningkatan ancaman dari Russia, termasuk cadangan mewajibkan penyertaan lelaki dan wanita. (Utusan Malaysia, 08:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Poland pertimbang wajibkan kerahan tenaga

By WARTAWAN LUAR NEGARA · 16 Oct, 08:30 MYT

WARSAW: Poland mempertimbangkan untuk mengembalikan khidmat ketenteraan wajib bagi memperkukuh angkatan tenteranya susulan peningkatan ancaman dari Russia, termasuk cadangan mewajibkan penyertaan lelaki dan wanita.

Menurut laporan Bloom­berg, Timbalan Menteri Perta­hanan Poland, Magdalena Sob­kowiak-Czarnecka memaklumkan kementerian berkenaan sedang meneliti beberapa mo­del perkhid­matan ketenteraan.

Beliau menyokong pelaksa­naan khidmat ketenteraan wajib bagi lelaki dan wanita. Namun, beliau berpendapat tempoh peralihan perlu diberikan terlebih dahulu dengan mengekalkan penyertaan secara sukarela.

Kementerian Pertahanan dijangka mengumumkan keputusannya dalam tempoh terdekat. Bag­aimanapun, Sobkowiak-Czar­necka tidak menyatakan bi­la keputusan itu akan dibuat.

Isu meningkatkan jumlah ang­­katan tentera dan melatih ang­­gota simpanan semakin men­dapat perhatian di seluruh Ero­pah sejak Russia melancarkan pen­cerobohan besar-besaran ke atas Ukraine.

Perkara itu semakin mendesak terutama bagi negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di bahagian timur, termasuk Poland yang berdepan pencerobohan dron dan cubaan melakukan sabotaj dengan pihak berkuasa menyalahkan Russia atas kejadian berkenaan.

Selepas perang besar-besaran di Ukraine bermula, kerajaan Poland pimpinan Donald Tusk memperluas program latihan ketenteraan secara sukarela.

Bagaimanapun, cadangan ter­dahulu untuk memperkenalkan latihan ketenteraan wajib kepada semua orang awam tidak pernah dilaksanakan.

Angkatan tentera Poland kini mempunyai lebih 220,000 anggota, termasuk askar profesional dan Pasukan Pertahanan Wilayah yang kebanyakannya menjalani perkhidmatan ketenteraan sambil bekerja atau me­lanjutkan pelajaran.

Pada awal Oktober, Menteri Pertahanan, Władysław Kosiniak-Kamysz berkata, Poland merancang meningkatkan jumlah anggota tenteranya kepada 300,000 orang dan menubuhkan pasukan simpanan seramai 200,000 anggota.

Poland menggantung pelaksanaan khidmat ketenteraan wajib pada 2009. Cadangan un­tuk mengembalikannya kini menjadi perdebatan politik menjelang pilihan raya Parlimen tahun depan, dengan beberapa ahli politik pembangkang berhaluan kanan mendesak supaya dasar itu diperkenalkan semula.

Namun, cadangan mengembalikan khidmat ketenteraan wajib itu menerima reaksi berbeza dalam kalangan rakyat Poland.

Menurut tinjauan Opinia24 yang dijalankan untuk RMF FM dan diterbitkan pada Rabu, sebanyak 48 peratus rakyat Poland menyokong pengembalian khidmat ketenteraan wajib, manakala 38 peratus mahu me­ngekalkan sistem yang bergantung sepenuhnya kepada tentera profesional.

Penentangan terhadap cadangan itu paling ketara dalam kalangan golongan muda, de­ngan 53 peratus responden muda menolak pengenalan semula khidmat ketenteraan wajib.

The post Poland pertimbang wajibkan kerahan tenaga appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:13 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
16 Oct, 08:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    08:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Poland pertimbang wajibkan kerahan tenaga
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.