
Polis marin rampas rokok, arak bernilai RM727,351
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Polis marin rampas rokok, arak bernilai RM727,351 (Harian Metro, 10:01)
Read the reporting
2 reports
Polis marin rampas rokok, arak tidak bercukai bernilai RM727,351
BUKIT MERTAJAM : Pasukan Polis Marin Wilayah Satu berjaya melumpuhkan satu sindiket penyeludupan rokok putih dan minuman keras tidak bercukai yang dianggarkan bernilai RM727,351 susulan satu serbuan di sebuah premis tidak bernombor di Kubang Semang di sini, Jumaat lalu.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata, serbuan itu merupakan sebahagian daripada Operasi Khas Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Bilangan 6/2026 yang berlangsung selama enam hari bermula 6 Oktober lepas.
Beliau berkata, dalam serbuan berkenaan, dua lelaki warga asing yang masing-masing berusia 28 dan 36 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Pemeriksaan lanjut kemudian menemukan sebanyak 180,000 batang rokok putih pelbagai jenis serta 7,860.64 liter minuman keras dengan nilai rampasan termasuk cukai berjumlah RM727,351.
“Kedua-dua suspek juga telah direman selama 10 hari bermula 10 hingga 19 Oktober mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Jaffri berkata, Pasukan Polis Marin Wilayah Satu berjaya merekodkan sebanyak 2,042 kes tangkapan sepanjang tahun ini membabitkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM174.64 juta.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Polis Marin akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan penyeludupan barangan tidak bercukai dan barangan terlarang, khususnya melalui jalan laut.
“Selain itu, maklumat risikan juga akan terus diperkukuh menerusi kerjasama dengan pelbagai agensi, sama ada dalam mahupun luar PDRM bagi memastikan kedaulatan undang-undang negara terus terpelihara,” ujar beliau.-UTUSAN
The post Polis marin rampas rokok, arak tidak bercukai bernilai RM727,351 appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro10:01
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.