
Polis siasat kes penipuan jual rumah guna nama kerabat diraja
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes lelaki yang didakwa menipu dengan menjadi wakil menawarkan penjualan rumah murah dengan menggunakan kuota kerabat diraja sehingga kerugian dianggarkan lebih jutaan ringgit. (Utusan Malaysia, 13:20)
Read the reporting
1 report
Polis siasat kes penipuan jual rumah guna nama kerabat diraja
PETALING JAYA: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes lelaki yang didakwa menipu dengan menjadi wakil menawarkan penjualan rumah murah dengan menggunakan kuota kerabat diraja sehingga kerugian dianggarkan lebih jutaan ringgit.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya telah menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima dua laporan polis berhubung kes tersebut.
“Siasatan telah dibuka siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Terdahulu, Pejabat Sultan Selangor dalam kenyataan menyerahkan isu individu menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit kepada Raja Muda Selangor dengan memperdaya orang ramai kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Kata kenyataan itu, Istana Selangor memandang serius terhadap isu ini dan menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat siasatan menyeluruh dengan adil dan telus.
Istana Selangor memohon kerjasama orang awam supaya membuat semakan dengan pihak pentadbiran istana berkaitan apa-apa dakwaan yang mengaitkan kedudukan individu terlibat dengan nama istana dalam membuat sebarang urusan. – UTUSAN
The post Polis siasat kes penipuan jual rumah guna nama kerabat diraja appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia13:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.