
Politik kebencian hakis keyakinan rakyat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SEDAR tidak sedar, kita sebenarnya sedang berdepan ‘bencana’ kesan negatif yang dipacu situasi politik tidak sihat iaitu politik kebencian. (Utusan Malaysia, 09:00)
Read the reporting
1 report
Politik kebencian hakis keyakinan rakyat
SEDAR tidak sedar, kita sebenarnya sedang berdepan ‘bencana’ kesan negatif yang dipacu situasi politik tidak sihat iaitu politik kebencian.
Cabaran terbesar dalam memaknakan erti kemerdekaan tidak lagi sekadar mempertahankan negara dari pelbagai ancaman anasir luar malah lebih penting bagaimana negara ini mampu bebas dari percaturan politik kebencian yang menyebabkan rakyat bermusuhan sesama sendiri.
Alangkah baiknya sekiranya tenaga yang dihabiskan untuk bertelagah dan berdebat tentang perbezaan pandangan dicurahkan untuk menyelesaikan masalah.
Negara akan terus maju dan berdaya saing sekiranya suara-suara yang lantang mengkritik turut sama melontarkan idea bernas untuk membina sebuah negara yang lebih baik.
Seharusnya politik menjadi ruang mencari titik temu dan bukannya medan yang memperbesar jurang.
Perbalahan demi perbalahan dalam kalangan orang politik hanya akan menyebabkan rakyat tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang sedang memikirkan masa depan negara. Isu-isu berkait kos sara hidup yang masih terus menghimpit kehidupan rakyat seharusnya menjadi keutamaan berbanding perebutan kuasa.
Sebagai sebuah negara yang telah lama merdeka, Malaysia sewajarnya mempunyai kemampuan menentukan kepentingan nasional sendiri.
Sampai bila harus bergantung kepada kuasa luar untuk makanan, teknologi, tenaga, pertahanan, kewangan, keperluan strategik dan sebagainya.
Perbezaan pendapat seharusnya membuka ruang sesebuah organisasi politik untuk menilai kekuatan atau kelemahan masing-masing lalu memperbaikinya dan bukan menyerang satu sama lain demi untuk mengalih perhatian rakyat.
Usia kemerdekaan negara kini telah mencecah 69 tahun. Jika diibaratkan dengan usia manusia, ia tidak lagi muda. Usia sebegini lazimnya mengundang pelbagai penyakit. Namun tidak semua yang tua itu selalu sakit. Ada yang kekal sihat.
Begitulah juga negara kita. Jika semua pihak dapat mengurus perbezaan pandangan dan pegangan politik dengan baik dan penuh hikmah serta benar-benar ikhlas berkhidmat untuk rakyat, sudah tentu kestabilan negara akan kekal terpelihara.
Kita perlu menyedari apa yang dilakukan hari ini akan menentukan wajah Malaysia yang bakal diwarisi generasi akan datang. Dengan kata lain, kita perlu melihat jauh ke depan dengan fikiran waras agar generasi pewaris dapat menikmati kemakmuran negara yang ditinggalkan kepada mereka.
Kita boleh berbeza pandangan namun pada hakikatnya masih berkongsi sebuah masa depan.
Rumusannya, politik kebencian hanya akan membawa kita mengundur beberapa langkah ke belakang. – UTUSAN
MOHD. SALLEH OSMAN
Banting, Selangor
The post Politik kebencian hakis keyakinan rakyat appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.