Malaysian Attention Engine
Live wire
47Sport : Aichi-Nagoya 2026 Asian Para Games: Bonnie Retains 72 Kg Crown As Malaysia Claims Second Gold46China sends naval forces to monitor US warship near disputed shoal45Kebakaran Indonesia hampir 12 kali ganda keluasan London41‘Beta tidak berkenan jika ada kerabat ambil kesempatan’41Politics : PN Deregistered - RoS41World : French PM Urges Targeted Curfews After Violent Weekend Protests41Mafia korporat: Pasukan AMLA Bukit Aman beku RM4.3 bilion, sita RM1 bilion40Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta40Serba Dinamik founder Abdul Karim on Interpol Red Notice, says Anwar39Guthrie nafi cetus kebakaran hutan di Indonesia39U.S. stock futures climb as investors return to AI trade after selloff By Investing.com38Pengecualian cukai eksport minyak sawit bantu Malaysia rebut bahagian pasaran Indonesia
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Presiden ALEPS terima penghargaan Menteri Luar Jepun

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 17:19 MYTLatest activity 20 Oct, 17:19BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS), Isrami Ismail, menerima Penghargaan Menteri Luar Jepun 2026 sebagai pengiktirafan terhadap komitmennya dalam memperkukuh hubungan persahabatan antara Malaysia dengan Jepun.Penghargaan itu disampaikan oleh Duta Jepun ke Malaysia, TYT Shikata Noriyuki, dalam satu majlis yang berlangsung di Kediaman Rasmi Jepun di Kuala Lumpur pada Selasa.Dalam ucapannya, Shikata menghargai komitmen Isrami dalam mempererat hubungan kedua-dua negara menerusi pendidikan, pertukaran budaya dan usaha memperkukuh persefahaman antara rakyat Malays (Sinar Harian, 17:19)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·3 min read

Presiden ALEPS terima penghargaan Menteri Luar Jepun

By MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI · 20 Oct, 17:19 MYT

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS), Isrami Ismail, menerima Penghargaan Menteri Luar Jepun 2026 sebagai pengiktirafan terhadap komitmennya dalam memperkukuh hubungan persahabatan antara Malaysia dengan Jepun.Penghargaan itu disampaikan oleh Duta Jepun ke Malaysia, TYT Shikata Noriyuki, dalam satu majlis yang berlangsung di Kediaman Rasmi Jepun di Kuala Lumpur pada Selasa.Dalam ucapannya, Shikata menghargai komitmen Isrami dalam mempererat hubungan kedua-dua negara menerusi pendidikan, pertukaran budaya dan usaha memperkukuh persefahaman antara rakyat Malaysia dengan Jepun."Komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan antara rakyat Malaysia dan Jepun amat penting dalam memastikan persahabatan kedua-dua negara terus berkembang."Usaha menerusi pendidikan dan pertukaran budaya juga membantu meningkatkan persefahaman serta mengeratkan hubungan antara generasi muda," katanya.Pengiktirafan berkenaan diberikan atas sumbangan Isrami dalam memperluas jaringan alumni Malaysia yang pernah melanjutkan pengajian di Jepun, selain menggalakkan generasi muda meneroka peluang pendidikan di negara itu.Berucap pada majlis berkenaan, Isrami berkata, pengalaman menuntut di Jepun bukan sahaja memberikannya ilmu dan kemahiran, malah membentuk nilai disiplin, ketekunan, kerendahan hati serta tanggungjawab terhadap masyarakat."Pengajaran paling berharga yang saya bawa pulang dari Jepun bukanlah semata-mata ilmu yang dipelajari di dalam bilik kuliah. Sebaliknya, ia merangkumi nilai-nilai yang saya pelajari daripada masyarakat Jepun," katanya.Beliau berkata kejayaan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian peribadi semata-mata, sebaliknya turut dinilai melalui sumbangan kepada orang lain."Ukuran sebenar kejayaan bukanlah setinggi mana kita mendaki, tetapi sejauh mana orang lain dapat memperoleh manfaat daripada pencapaian kita," katanya.Isrami turut menegaskan bahawa alumni yang pernah menuntut di Jepun perlu memainkan peranan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat serta memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh untuk kebaikan kedua-dua negara."Mereka yang pernah melanjutkan pelajaran ke Jepun perlu bertanya kepada diri sendiri: Apakah sumbangan yang boleh kita berikan kembali kepada masyarakat yang telah membantu kita berkembang?" katanya.Isrami dilantik sebagai Naib Presiden ALEPS pada 2012 sebelum menerajui persatuan itu sebagai presiden pada 2022.Sejak itu, beliau aktif menggerakkan pelbagai inisiatif bagi mengukuhkan jaringan alumni, mempromosikan pendidikan di Jepun serta meningkatkan pemahaman masyarakat Malaysia terhadap budaya dan kehidupan di negara Matahari Terbit itu.Menerusi ALEPS, beliau turut terlibat dalam pelbagai program pendidikan dan kebudayaan, termasuk pameran pendidikan, pertandingan pidato bahasa Jepun serta aktiviti pertukaran yang membuka ruang kepada masyarakat kedua-dua negara untuk saling mengenali.Usaha berkenaan turut merangkumi program inap desa yang memberi peluang kepada pelajar Jepun mengenali budaya, tradisi dan kehidupan masyarakat Malaysia secara lebih dekat.Selain itu, Isrami menyokong usaha memperluas kerjasama di peringkat komuniti, termasuk hubungan bandar berkembar antara Subang Jaya dengan Hioki di Jepun.Perkukuh hubungan rakyat dengan rakyatIsrami berkata misi beliau menerusi ALEPS adalah untuk menghimpunkan alumni, memperkukuh jaringan kerjasama, membimbing generasi muda serta menterjemahkan ilmu dan nilai yang diperoleh dari Jepun kepada sumbangan bermakna untuk kedua-dua negara.Beliau turut menyifatkan hubungan Malaysia-Jepun sebagai persahabatan yang perlu terus diperkukuh melalui kerjasama dan usaha bersama."Tahun depan, ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik, kita akan mengangkat tema ‘Saling Memperkaya, Mencipta Bersama’," katanya.Menurut beliau, Malaysia dan Jepun berpeluang terus memperkaya satu sama lain, mengukuhkan hubungan serta mewujudkan peluang untuk generasi akan datang.Penghargaan Menteri Luar Jepun itu mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan individu dan organisasi masyarakat dalam melengkapi hubungan rasmi antara kerajaan.Kerjasama dalam bidang pendidikan, pertukaran budaya dan jaringan alumni kekal sebagai antara saluran penting untuk membina persefahaman, memperluas perkongsian ilmu serta mengeratkan hubungan rakyat dengan rakyat antara Malaysia dengan Jepun.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow18:00
Latest 18:12 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
20 Oct, 17:19 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    17:19

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.