
Produk viral cepat naik, mudah jatuh
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KALANGAN peniaga kini berdepan perubahan corak pembelian pengguna susulan perkembangan perniagaan dalam talian, selain kecenderungan pelanggan terhadap makanan dan produk yang tular di media sosial. (Kosmo!, 08:15)
Read the reporting
1 report
Produk viral cepat naik, mudah jatuh
KALANGAN peniaga kini berdepan perubahan corak pembelian pengguna susulan perkembangan perniagaan dalam talian, selain kecenderungan pelanggan terhadap makanan dan produk yang tular di media sosial.
Keadaan itu menyebabkan sebahagian peniaga baharu cenderung menukar produk mengikut trend, sedangkan sesuatu yang tular biasanya hanya mendapat sambutan dalam tempoh singkat.
Pada masa sama, peningkatan kos operasi dan bahan mentah menyebabkan margin keuntungan peniaga semakin mengecil, ditambah pula dengan harga jualan yang sukar dinaikkan.
Wartawan Kosmo! Ahad, Norlida Akmar Idros dan jurugambar Shahir Noordin menemu bual Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Kedah, Mohd. Nadzri Kamarulzaman .
Mohd. Nadzri berkata, makanan atau produk viral boleh menjadi peluang kepada peniaga, namun mereka tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada produk tersebut.
KOSMO! AHAD: Bagaimana trend jualan dalam kalangan peniaga kecil ketika ini?
MOHD. NADZRI: Selepas pandemik Covid-19, kita melihat ramai yang memilih untuk menceburi bidang perniagaan terutama golongan muda.
Mereka cenderung memilih makanan atau produk yang sedang viral kerana perniagaan itu dilihat lebih mudah untuk dimulakan.
Tetapi makanan viral sebenarnya tidak konsisten. Ia boleh naik dengan cepat dan turun dengan cepat kerana bergantung kepada permintaan pengguna.
Contohnya, kita pernah lihat pelbagai jenis donat yang menjadi trend. Ada donat susu dan macam-macam lagi, tetapi sesuatu yang viral itu tidak semestinya mampu bertahan lama dalam perniagaan.
Mengapa produk viral sukar bertahan lama?
Produk viral banyak bergantung kepada permintaan dan harga. Biasanya makanan viral juga dijual pada harga lebih tinggi berbanding makanan biasa.
Apabila trend berubah, peniaga yang terlalu bergantung kepada produk tersebut mungkin terpaksa menukar produk pula. Ini menyebabkan kos meningkat, termasuk kos pemasaran.
Jadi, kita kena faham makanan viral boleh menjadi produk tambahan atau sampingan tetapi jangan sampai keseluruhan perniagaan bergantung kepadanya.
MOHD. NADZRI berkata, peniaga mesti ikut trend untuk memenuhi permintaan pasaran.
– Shahir Nordin
Apakah pendekatan yang lebih sesuai untuk memastikan perniagaan dapat bertahan?
Peniaga mesti ikut trend bagi memenuhi permintaan pasaran. Namun pada masa sama, mereka mesti mengekalkan produk yang mempunyai permintaan tetap.
Contohnya makanan tradisi seperti nasi ayam. Kita boleh tambah menu seperti nasi ayam black pepper dan lain-lain, tetapi asasnya masih makanan yang orang sudah biasa makan.
Begitu juga pisang goreng. Kita boleh buat pisang goreng cheese sebagai tambahan tetapi pisang goreng biasa tetap perlu ada.
Orang boleh makan pisang goreng setiap hari, tetapi belum tentu mereka mahu makan pisang goreng cheese setiap hari.
Dalam keadaan trend sentiasa berubah, apakah kesilapan yang sering dilakukan peniaga baharu?
Ada peniaga yang terlalu cepat menukar produk apabila sesuatu yang dijual itu tidak mendapat sambutan.
Produk tidak jalan, mereka tukar produk. Kemudian tukar lagi.
Masalahnya, kos tetap berjalan. Mereka perlu mengambil kira kos bahan mentah, pemasaran dan operasi.
Jadi, sebelum menukar produk, peniaga perlu melihat keseluruhan kos dan permintaan sebenar.
Bagaimana pula perubahan kepada pembelian dalam talian memberi kesan kepada peniaga fizikal seperti pasar malam?
Perniagaan kita sekarang memang semakin terarah kepada dalam talian dan kita tidak boleh menghalang perkembanga n itu. Tetapi kesannya kepada perniagaan fizikal memang ketara.
Pasar malam misalnya, dahulu orang boleh datang sehingga pukul 10 atau 11 malam. Sekarang, ada pasar malam yang selepas isyak pun jumlah pengunjung sudah berkurangan.
Dulu orang pergi pasar malam untuk membeli pakaian, kasut dan pelbagai barangan lain. Sekarang banyak perkara itu boleh dibeli terus dari rumah melalui platform dalam talian.
Apakah kesan keadaan itu terhadap ekosistem ekonomi setempat?
Apabila orang keluar ke pasar malam, mereka bukan hanya membeli satu barang.
Mereka mungkin singgah makan, membeli minyak, membawa keluarga dan melakukan aktiviti lain. Keadaan itu mewujudkan pusingan ekonomi.
Tetapi apabila semua orang duduk di rumah dan membeli melalui platform dalam talian, pusingan ekonomi itu tidak berlaku.
Sebab itu kita perlu melihat kesan perniagaan dalam talian bukan hanya daripada sudut harga barang murah, tetapi juga kesannya kepada perniagaan fizikal dan ekonomi setempat.
PELANGGAN lebih suka membeli barangan menerusi platform dalam talian kerana mudah dan menjimatkan masa.
Pada masa sama, peniaga berdepan peningkatan kos. Bagaimana keadaan margin keuntungan mereka ketika ini?
Peniaga memang terbeban dengan peningkatan kos, termasuk sewa premis dan bahan mentah.
Namun begitu, mereka masih terpaksa menjual pada harga yang mampu diterima oleh pengguna.
Contohnya, kalau kos meningkat tetapi kita mahu menjual nasi ayam pada harga RM10, pengguna mungkin masih mencari harga RM7 atau RM8.
Ia menunjukkan bahawa kos meningkat tetapi harga jualan sukar dinaikkan.
Dulu ada perniagaan yang boleh mendapat margin sekitar 30 hingga 40 peratus.
Sekarang ada yang sanggup mengambil keuntungan sekitar 10 peratus sahaja kerana tidak mahu menyimpan stok terlalu lama.
Bagaimana pula dengan trend peniaga menyertai festival makanan atau acara besar, adakah menguntungkan?
Ia tidak semestinya menguntungkan. Kita tidak menghalang peniaga menyertai festival makanan kerana ia satu peluang menambah pendapatan tetapi mereka perlu mengira kos terlebih dahulu.
Ada festival yang mengenakan kos tapak sekitar RM3,000 untuk tempoh tiga hingga lima hari. Itu belum termasuk kos pekerja, pengangkutan dan juga bahan mentah.
Kalau peniaga menjual laksa RM7 di gerai biasa, dia perlu melihat berapa banyak yang perlu dijual sehari untuk menampung kos festival.
Sebab itu harga di festival kadang-kadang lebih tinggi.
Peniaga yang sudah mempunyai jenama atau pengikut mungkin lebih mudah menarik pelanggan, tetapi bagi peniaga baharu, risikonya lebih tinggi.
Selain perubahan trend dan jualan dalam talian, bagaimana pula persaingan dengan pengusaha atau pekerja warga asing?
Kita jangan melihat isu ini hanya kepada satu kumpulan seperti Rohingya.
Persatuan melihat keseluruhan perniagaan yang melibatkan pemilikan atau pengoperasian perniagaan bukan daripada rakyat Malaysia.
Contohnya kedai runcit dan kedai makan. Kita perlu lihat siapa sebenarnya yang menguruskan perniagaan itu dan siapa yang bekerja di premis tersebut.
Isunya bukan semata-mata orang itu warga asing atau tidak, tetapi bagaimana peraturan yang ada dilaksanakan dan sektor mana yang dibenarkan untuk mereka ceburi.
Produk viral terutama melibatkan makanan kebiasaannya tidak dapat bertahan lama kerana mengikut selera pengguna yang sentiasa berubah mengikut trend. – gambar hiasan
Apakah kebimbangan utama persatuan berkaitan perkara itu?
Kita melihat ada keadaan penguatkuasaan lebih tertumpu kepada penjaja kecil, sedangkan pada masa sama terdapat premis yang menggunakan pekerja asing secara meluas.
Kita tidak kata semua warga asing tidak boleh bekerja, tetapi peraturan yang sudah ada perlu dilaksanakan dengan jelas dan menyeluruh supaya persaingan dalam perniagaan berlaku secara adil.
Peniaga tempatan mempunyai kos sewa, pekerja, lesen dan pelbagai kos lain. Jadi semua perkara itu perlu dilihat dalam konteks perniagaan secara keseluruhan.
Apakah nasihat kepada peniaga kecil yang mahu terus bertahan dalam keadaan pasaran yang semakin mencabar?
Jangan bergantung kepada satu produk atau satu trend sahaja.
Peniaga perlu melihat permintaan pasaran, tetapi pada masa sama mengekalkan produk yang sudah mempunyai pelanggan.
Kita perlu pandai menyesuaikan diri. Trend akan sentiasa berubah, namun perniagaan yang mempunyai asas kukuh, pelanggan tetap dan pengurusan kos yang baik lebih bersedia menghadapi perubahan.
The post Produk viral cepat naik, mudah jatuh appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!08:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.