
Profesor UTM berjaya ketepikan keputusan pemecatan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
The Johor Bahru High Court has ordered UTM to reconsider the dismissal of associate professor B Malarvili after ruling that the disciplinary process was procedurally unfair. (Wikimedia Commons pic) PETALING JAYA: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) must reconsider its dismissal of an associate professor after the High Court in Johor Bahru ruled that the disciplinary process had denied her a fair opportunity to defend herself. (Free Malaysia Today, 12:30)
Read the reporting
1 report
Profesor UTM berjaya ketepikan keputusan pemecatan
Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengarahkan UTM mempertimbangkan semula pemecatan profesor madya B Malarvili selepas memutuskan bahawa proses tatatertib itu tidak adil dari segi prosedur. (Gambar Wikimedia Commons) PETALING JAYA: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) perlu mempertimbangkan semula keputusan memecat seorang profesor madya selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru memutuskan bahawa proses tatatertib universiti itu telah menafikan peluang yang adil kepadanya untuk membela diri.
Pesuruhjaya Kehakiman Budiman Lutfi Mohamed mengetepikan keputusan jawatankuasa tatatertib pada 29 Nov 2024 yang mengekalkan lapan pertuduhan terhadap profesor madya B Malarvili serta keputusan pemecatannya berkuat kuasa 4 Jun tahun itu.
Beliau mengarahkan UTM menyemak semula kes itu, mendedahkan bukti berkaitan, memberi peluang kepada Malarvili mengemukakan representasi tambahan serta mempertimbangkan sama ada saksi perlu dipanggil untuk memberi keterangan atau siasatan lanjut perlu dijalankan.
Bagaimanapun, keputusan itu tidak bermakna mahkamah mendapati Malarvili tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan kerana mahkamah tidak mengarahkan UTM mengambilnya bekerja semula atau membayar tunggakan gaji mahupun ganti rugi.
Dalam penghakiman bertulisnya, Budiman berkata semakan baharu itu boleh membawa kepada penarikan balik pertuduhan, pembebasan Malarvili daripada pertuduhan, pengenaan hukuman lebih ringan atau keputusan pemecatan dikekalkan sekali lagi, dengan syarat proses berkenaan mematuhi undang-undang.
Beliau berkata kes itu bukan sekadar berkaitan sama ada jawatankuasa tatatertib mencapai keputusan yang betul, tetapi juga sama ada Malarvili diberikan peluang yang bermakna untuk menjawab tuduhan terhadapnya.
“Hak untuk didengar mestilah hak yang sebenar dan bukannya sekadar formaliti kosong,” katanya, merujuk kepada prinsip undang-undang yang mantap dalam prosiding semakan kehakiman.
Budiman berkata pengakuan menggunakan tandatangan yang diimbas tidak semestinya bermakna seseorang mengaku melakukan pemalsuan, bersikap tidak jujur atau berniat memperdaya.
Hakim itu turut mendapati UTM tidak menunjukkan bahawa dokumen yang diminta telah diberikan atau menjelaskan dengan secukupnya bagaimana representasi Malarvili dipertimbangkan selepas jawatankuasa rayuan tatatertib mengembalikan kes itu untuk pertimbangan semula.
Malarvili, yang berkhidmat di kampus UTM Skudai, Johor selama kira-kira 21 tahun, berdepan dakwaan berkaitan penggunaan tandatangan yang diimbas pada surat sokongan, perjalanan ke luar negara tanpa kelulusan, ketidakaturan rekod kehadiran, aktiviti berkaitan program UNISERF serta dakwaan penglibatan dalam aktiviti perniagaan luar.
UTM dan kedua-dua jawatankuasa tatatertib diperintahkan membayar kos sebanyak RM15,000 kepada Malarvili secara bersama dan berasingan.
Ebrina Zubir mewakili Malarvili, manakala Syahmi Nawawi mewakili UTM dan kedua-dua jawatankuasa berkenaan.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today12:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.