Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : Prioritise Mental Health, Seek Help When Feeling Stressed - Fahmi47Malaysia, Mesir meterai empat MoU perkukuh kerjasama dua hala47Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202746PRN Melaka: Rundingan Pas-BN capai persetujuan asas - Abdul Hadi45Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok45General : Haze: Perak Religious Schools, Islamic Education Institutions To Monitor API Readings44General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon44General : JKR Extends Streetlight Operating Hours During Haze - Ahmad Maslan42General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar40MB N Sembilan akan hadapi usul tidak percaya?40'Saya hanya mampu menyebut 'Ya Allah, anak aku''39Belanjawan 2027: Kesejahteraan rakyat, keamanan dan ekonomi jadi keutamaan - Saifuddin Nasution
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Proses naturalisasi Gallifuoco kini tunggu lampu hijau FAM

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 16:14 MYTLatest activity 10 Oct, 16:14BMconfidence 60%

What happened

Proses naturalisasi Gallifuoco kini tunggu lampu hijau FAM (Harian Metro, 16:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Proses naturalisasi Gallifuoco kini tunggu lampu hijau FAM

By Firdaus Hashim · 10 Oct, 16:14 MYT

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pertahanan Harimau Malaya tampak bakal semakin kebal apabila pemain pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City), Giancarlo Gallifuoco mengesahkan proses naturalisasinya semakin hampir selesai dan kini hanya menunggu kelulusan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pemain kelahiran Australia berusia 32 tahun itu mendedahkan perkembangan berkenaan menerusi laman sosial X, sekali gus memberi bayangan penantiannya untuk menyarung jersi kebangsaan mungkin berakhir tidak lama lagi.

Gallifuoco berkata, peguam yang menguruskan proses naturalisasinya sudah mengemukakan dokumen berkaitan kepada FAM dan kini hanya menunggu maklum balas daripada pasukan perundangan badan induk itu sebelum proses berkenaan diteruskan.

"Kita sekarang sedang menunggu surat daripada pasukan perundangan FAM untuk kelulusan dan kemudian semuanya selesai. Akhirnya, saya anak Malaysia," katanya menerusi perkongsian di X.

Sebelum ini, bekas pemain remaja Tottenham Hotspur itu memaklumkan proses naturalisasinya sedang berjalan dan beberapa kelulusan diperlukan daripada FAM sebelum permohonan berkenaan dibawa ke peringkat seterusnya.

Sekiranya proses itu berjalan lancar dan dia memenuhi semua syarat kelayakan untuk mewakili negara, Gallifuoco berpotensi menjadi tambahan penting kepada benteng Harimau Malaya yang sedang diperkuatkan menerusi kehadiran pemain berkualiti.

Lebih menarik, Gallifuoco berpeluang bergandingan dengan pertahanan warisan negara, Brad Tapp yang mencuri perhatian menerusi persembahan mantap bersama Harimau Malaya pada Piala ASEAN FIFA, baru-baru ini.

Tapp memainkan peranan penting membantu Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga, selain memastikan gawang negara tidak dibolosi sepanjang kejohanan berkenaan.

Jika Gallifuoco turut mendapat lampu hijau untuk mewakili negara, gabungan kedua-dua pemain itu berpotensi memberikan lebih banyak pilihan kepada barisan kejurulatihan dalam memperkukuh benteng pertahanan Harimau Malaya.

Selain Gallifuoco, penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva turut muncul sebagai antara pemain terbaharu yang mendapat perhatian dalam usaha memperkukuh skuad kebangsaan menerusi proses naturalisasi.

Gallifuoco yang membantu KL City menjulang Piala Malaysia pada 2021 itu kini hanya perlu menunggu perkembangan lanjut daripada FAM sebelum impiannya untuk bergelar rakyat Malaysia menjadi kenyataan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
10 Oct, 16:14 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    16:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.