
Proton lancar X50 Sport Edition sempena ulang tahun keenam
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Proton lancar X50 Sport Edition sempena ulang tahun keenam (Google News Malaysia (BM), 07:30)
Read the reporting
1 report
Proton lancar X50 Sport Edition sempena ulang tahun keenam
PETALING JAYA: Pengeluar automotif nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) kini membuka tempahan bagi model Proton X50 Sport Edition (SE) Serba Baharu bagi meraikan ulang tahun keenam pengenalan model kenderaan utiliti sukan (SUV) terlaris di Malaysia itu.
Berasaskan varian Flagship, model edisi khas itu menampilkan 15 penambahbaikan eksklusif pada bahagian luaran dan dalaman bagi memberikan penampilan yang lebih berani serta berimej sporty.
Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 27 Oktober 2020, Proton X50 mencatatkan jualan terkumpul melebihi 177,000 unit bagi pasaran domestik dan eksport, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV segmen-B terlaris di negara ini selama lima tahun berturut-turut.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Rashid Musa berkata, Proton X50 telah berkembang pesat sepanjang enam tahun lalu bagi memenuhi jangkaan serta selera pengguna tempatan.
“Proton X50 Sport Edition Serba Baharu merupakan perkembangan terbaharu model ini, dengan karakter yang lebih tersendiri dan sporty, sambil mengekalkan prestasi, teknologi dan keselamatan yang telah menjadi pilihan pelanggan.
“Menerusi penambahbaikan eksklusif yang ditawarkan, kami memberikan pelanggan satu lagi cara untuk menikmati Proton X50 dan menzahirkan personaliti mereka sendiri,” katanya dalam kenyataan.
Dari sudut reka bentuk, bahagian luaran Proton X50 SE kemasan serba hitam yang dominan berserta aksen merah, termasuk Black Front Upper Garnish, Black Front Side Port Trim Garnish, Black Lower Bumper Garnish, Black Rear Side Port Trim Garnish dan rim aloi 18-inci berwarna hitam.
Model ini turut dilengkapi skirting khas pada bahagian hadapan, sisi dan belakang serta lencana eksklusif Sport Edition pada badan kenderaan.
Rekaan ruang dalaman pula menampilkan kemasan hitam bersulam jahitan merah pada stereng dan tempat duduk, selain kemasan tikar lantai jenis TPE yang berdaya tahan tinggi, ringan serta cepat kering mengikut cuaca di Malaysia.
Bagi memastikan tahap ketahanan komponen, model berkenaan telah menjalani lebih 13,700 jam ujian pengesahan merangkumi ujian ketahanan, rintangan kakisan dan sinaran UV mengikut keadaan iklim tropika tempatan.
Dari segi prestasi, model edisi khas ini kekal dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5-liter empat silinder turbo yang dipadankan dengan transmisi kelajuan DCT 7-kelajuan, menghasilkan kuasa 181 PS dan tork 290 Nm.
Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 7.6 saat dengan kadar penggunaan bahan api 6.1 liter bagi setiap 100 kilometer.
Model ini turut dilengkapi Unit Kepala Infotainmen 14.6-inci yang menyokong fungsi Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, perkhidmatan Proton Link 2.0 serta 15 ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).
Tempahan bagi Proton X50 SE kini dibuka di semua pusat pengedaran sah Proton di seluruh negara. – UTUSAN
The post Proton lancar X50 Sport Edition sempena ulang tahun keenam appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)07:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.