
Proton X50 SE tampil lebih sporty, hanya tambah RM1,999
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Proton X50 SE tampil lebih sporty, hanya tambah RM1,999 (Google News Malaysia (BM), 10:07)
Read the reporting
2 reports
Proton X50 SE tampil lebih sporty, hanya tambah RM1,999
PETALING JAYA – Proton hari ini secara rasmi melancarkan model X50 Sport Edition (SE) Serba Baharu yang ditawarkan pada harga tambahan hanya RM1,999 berbanding varian Flagship standard, memberikan pelanggan peluang untuk menikmati 15 penambahbaikan eksklusif pada bahagian luaran dan dalaman dengan nilai tambahan yang menarik.
Berasaskan varian Flagship, Proton X50 SE Serba Baharu mengekalkan kekuatan teras yang telah menjadi ciri utama model ini sejak diperkenalkan, dikuasakan enjin i-GT 1.5 liter turbo yang menghasilkan kuasa 181 PS dan tork 290 Nm, dipadankan dengan transmisi DCT 7-kelajuan.
Ia menampilkan kemasan serba hitam yang dominan, dilengkapi aksen merah yang kontras bagi menyerlahkan penampilan sporty.
Antara penambahbaikan utama termasuk Black Front Upper Garnish, Black Front Side Port Trim Garnish, Black Lower Bumper Garnish dan Black Rear Side Port Trim Garnish, bersama rim aloi 18-inci berwarna hitam.
Selain itu, Proton X50 SE Serba Baharu dilengkapi skirting hadapan, sisi dan belakang khusus Sport Edition, yang memberikan profil lebih dinamik, manakala lencana Sport Edition melengkapkan identiti baharu pada bahagian luaran.
Ia turut menjalani lebih 13,700 jam ujian yang merangkumi aspek ketahanan, rintangan kakisan, rintangan sinaran ultra violet serta kesesuaian dengan iklim tropika Malaysia.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Rashid Musa berkata, Proton X50 SE Serba Baharu mencerminkan komitmen pihaknya untuk terus meningkatkan nilai yang ditawarkan kepada pelanggan.
“Dengan menjadikannya berasaskan varian Flagship, kami memberikan peluang kepada pelanggan untuk menikmati Proton X50 dengan penampilan yang lebih sporty dan tersendiri, sambil mengekalkan prestasi, teknologi canggih dan ciri keselamatan yang telah menjadi pilihan pelanggan,” katanya dalam kenyataan.
Model X50 1.5TD Flagship kini ditawarkan pada harga RM 100,300 di atas jalan untuk pasaran Semenanjung dan RM102,300 bagi Malaysia Timur, dengan Pakej Eksklusif Sport Edition tersedia dengan penambahan RM1,999. – KOSMO! ONLINE
The post Proton X50 SE tampil lebih sporty, hanya tambah RM1,999 appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- First mainstream coverage by Google News Malaysia (BM) at 10:07, 23 min after first detection
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1NewsPaul Tan's Automotive News09:44
- Step 2News outletsGoogle News Malaysia (BM)10:07 · +23 min
Internet reaction
- 2026 Proton X50 Sport Edition launched in Malaysia – Flagship-based, black, bodykit, red accents, RM102,299u/Jonathan James Tan · Paul Tan's Automotive News · 09:44 · EN
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.