
Punca kematian OKT dalam tahanan belum muktamad
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR – Punca kematian orang kena tahan (OKT) yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 1 Oktober lalu masih belum dimuktamadkan. (Kosmo!, 14:23)
Read the reporting
3 reports
Kematian tahanan: Polis masih tunggu laporan kimia, patologi
bhnews@bh.com.my
Kuala Lumpur: Polis masih menunggu laporan penuh Jabatan Kimia dan keputusan patologi bagi menentukan punca sebenar kematian seorang lelaki ketika dalam tahanan, 1 Oktober lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, orang kena tahan (OKT) seorang lelaki tempatan berusia 40-an berkenaan meninggal dunia jam 1.52 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
"OKT dibawa ke hospital selepas dilaporkan tidak sihat sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan.
"Punca kematian buat masa ini masih belum dimuktamadkan dan kita masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Kimia.
"Kita berharap semua pihak bersabar dan menunggu keputusan rasmi daripada patologi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Fadil berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), manakala siasatan kini dikendalikan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).
Menurutnya, siasatan turut meneliti semua bukti bagi menentukan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam pengendalian tahanan berkenaan.
Ditanya sama ada SOP penahanan dipatuhi dalam kes itu, Fadil mengesahkan prosedur berkenaan dipatuhi.
Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan Bukit Aman masih diteruskan bagi menentukan punca kematian serta meneliti kemungkinan berlaku salah laku atau pelanggaran SOP.
Mengulas lanjut, Fadil berkata, lelaki itu mempunyai 44 rekod lampau, masing-masing 18 berkaitan narkotik dan 26 kesalahan jenayah.
Menurutnya, lelaki itu ditangkap selepas terdapat tiga laporan terhadapnya, masing-masing satu kes narkotik dan dua kes jenayah.
"Bagi kes narkotik yang disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada tindakan lanjut pada 22 September lalu.
"Keputusan itu dibuat selepas siasatan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai kawalan atau pemilikan terhadap dadah yang dirampas.
"Dalam kes kedua yang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, polis memperoleh bukti cap jari positif di lokasi kejadian," katanya.
Bagaimanapun, katanya Timbalan Pendakwa Raya pada 1 Oktober lalu mengarahkan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan, namun keputusan tiada tindakan lanjut dibuat pada 6 Oktober susulan kematian lelaki itu.
Bagi kes ketiga, beliau berkata, ia membabitkan kecurian patung Budha yang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, keputusan tiada tindakan lanjut turut dibuat pada 8 Oktober lalu atas alasan sama.
Fadil turut mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat spekulasi berhubung kematian lelaki itu sementara menunggu hasil siasatan lengkap Bukit Aman.
Beliau berkata, polis memerlukan ruang untuk menjalankan siasatan secara terperinci dan teliti dengan mengambil kira semua bukti berkaitan.
"Penyebaran maklumat yang tidak sahih bukan sahaja boleh mengelirukan, malah berpotensi menimbulkan kegusaran dan keresahan dalam kalangan masyarakat umum.
"Kita juga mengalu-alukan semua maklumat daripada orang awam berkaitan kes ini, sekiranya ada maklumat tambahan untuk disalurkan kepada pihak polis," katanya.
Sebelum ini, Lawyers for Liberty (LFL) mendesak polis menyiasat kematian Noorizwan Zulkefly, 42, sebagai kes bunuh susulan dakwaan kecederaan serius pada tubuh lelaki itu.
Peguam keluarga, N Surendran, pada sidang media 7 Oktober lalu mendakwa pihak keluarga dimaklumkan mengenai kecederaan pada beberapa bahagian tubuh mangsa, termasuk kepala dan tulang rusuk.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
- 6 independent sources, 5 new in the last hour
- Driven by news coverage (6 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!14:23
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 6 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (7)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.