Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 8 h ago

Rafflesia Lata Jarum pacu ekonomi komuniti, 15 penduduk dilatih jadi pemandu pelancong

Only social or community posts, or a single source.

Attention
14
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 02:42 MYTLatest activity 9 Oct, 02:42BMconfidence 60%

What happened

RAUB: Keunikan bunga Rafflesia di Hutan Simpan Lata Jarum, Ulu Dong bukan sahaja menjadi tarikan ekopelancongan baharu, malah membuka peluang menjana pendapatan kepada komuniti setempat apabila 15 penduduk kampung dilatih dan dilantik sebagai pemandu pelancong. (Berita Harian, 02:42)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Rafflesia Lata Jarum pacu ekonomi komuniti, 15 penduduk dilatih jadi pemandu pelancong

9 Oct, 02:42 MYT

RAUB: Keunikan bunga Rafflesia di Hutan Simpan Lata Jarum, Ulu Dong bukan sahaja menjadi tarikan ekopelancongan baharu, malah membuka peluang menjana pendapatan kepada komuniti setempat apabila 15 penduduk kampung dilatih dan dilantik sebagai pemandu pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal, berkata pembabitan penduduk tempatan itu memberi ruang kepada mereka memperoleh pendapatan menerusi aktiviti pelancongan berasaskan alam semula jadi.

"Terima kasih kepada Pejabat Perhutanan Daerah Raub dan Jabatan Perhutanan Negeri sebab mereka juga melantik 15 penduduk kampung sebagai guide untuk bawa orang tengok bunga Rafflesia ini," katanya ketika ditemui selepas Program Moh Jungle Trekking Sambil Menengok Bunga Rafflesia di Hutan Simpan Lata Jarum, Ulu Dong, di sini.

Beliau berkata, penduduk terbabit turut menerima latihan berkaitan Rafflesia bagi membolehkan mereka memberikan penerangan kepada pengunjung, selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan khazanah alam semula jadi.

Menurut beliau, pembukaan kawasan berkenaan kepada pengunjung turut membolehkan aktiviti jungle trekking digabungkan dengan pengalaman menyaksikan sendiri keunikan Rafflesia menerusi laluan kira-kira lima kilometer pergi dan balik.

Katanya, pelantar pejalan kaki sepanjang 100 meter turut disediakan bagi membolehkan pengunjung melihat bunga berkenaan dengan lebih dekat tanpa menjejaskan habitatnya.

"Ia supaya pengunjung tidak menyentuh atau memijak akar bunga Rafflesia ini. Sebab akar dia ini sangat sensitif. Kalau sentuh, pijak, dia tidak mahu mengembang," katanya.

Beliau berkata, Pahang mempunyai tiga lokasi yang dikenal pasti mempunyai bunga Rafflesia iaitu Lata Jarum, Ulu Cheka dan Pulau Tioman, dengan Lata Jarum mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat empat spesies Rafflesia.

Antara spesies yang terdapat di kawasan berkenaan ialah Rafflesia azlanii dan Rafflesia cantleyi, sekali gus menambah nilai biodiversiti Hutan Simpan Lata Jarum sebagai destinasi ekopelancongan.

Katanya, Rafflesia mula dikesan di kawasan berkenaan sejak 2009 dan sebelum ini kawasan hutan simpan itu lebih tertutup kepada orang luar, namun kini dibuka kepada pengunjung dengan kemudahan yang disediakan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sambutan Program Moh Jungle Trekking Sambil Menengok Bunga Rafflesia amat menggalakkan apabila jumlah peserta melebihi had 100 orang yang ditetapkan.

"Saya tak sangka sambutan yang cukup menggalakkan. Saya ingat dalam tempoh 14 jam dah 100 orang cukup lah. Kita hadkan100 orang, tapi akhirnya lebih," katanya.

Beliau berkata, Rafflesia hanya berkembang dalam tempoh singkat, dengan kira-kira 14 kuntum pernah direkodkan di kawasan berkenaan pada Disember tahun lalu, sekali gus menjadikan usaha memelihara habitatnya penting bagi memastikan keunikan bunga berkenaan terus dapat dinikmati generasi akan datang.

Beliau turut mengajak masyarakat dari seluruh Pahang, Malaysia dan luar negara berkunjung ke Lata Jarum bagi menyaksikan sendiri keunikan Rafflesia, selain menikmati aktiviti ekopelancongan yang memberi manfaat ekonomi secara langsung kepada komuniti setempat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 17NEWnow08:0009:0010:0011:00
Latest 11:02 MYT
14New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 02:42 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    02:42

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.