Malaysian Attention Engine
Live wire
45Sport : Harimau Malaya Head Coach Appointment Still Under Discussion - Mohammed Taufiq42FDS digantung sementara, perkhidmatan kesihatan diteruskan menerusi kaedah alternatif40Pegawai kerajaan maut ditikam suami39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM37Elizabeth Tan kritik lakonan sendiri, Liyana Jasmay tetap puas hati36General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am36World : Children Among Multiple Victims In Shooting At Oregon Elementary School35`Saya tak pergi daftar belajar sebab tak cukup duit' - Pelajar cemerlang35PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35Woman brushing teeth behind wheel flashes middle finger before kicking auxiliary cop in groin at Glo Damansara35Amir Masdi idam konsert berskala besar
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Rahm lepaskan tuntutan RM30.6 juta demi hak imej

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 09:10 MYTLatest activity 16 Oct, 09:10BMconfidence 60%

What happened

New York: Jon Rahm mencapai persetujuan untuk berpisah dengan LIV Golf, menurut dokumen mahkamah, dengan mengetepikan semua tuntutan kewangan terhadap siri itu sebagai pertukaran bagi hak nama dan imejnya. (Harian Metro, 09:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Rahm lepaskan tuntutan RM30.6 juta demi hak imej

By AFP · 16 Oct, 09:10 MYT

New York: Jon Rahm mencapai persetujuan untuk berpisah dengan LIV Golf, menurut dokumen mahkamah, dengan mengetepikan semua tuntutan kewangan terhadap siri itu sebagai pertukaran bagi hak nama dan imejnya.

Perjanjian itu diperincikan dalam dokumen mahkamah kebankrapan yang difailkan semalam, susulan peguam Rahm memaklumkan Hakim Mahkamah Kebankrapan Amerika Syarikat bagi New Jersey, Michael Kaplan, minggu lalu bahawa pemain itu tidak akan kembali ke LIV menerusi cadangan pelan kewangan baharu.

Kaplan perlu meluluskan perjanjian perpisahan Rahm dengan LIV bulan depan, ketika masa depan siri itu bagi 2027 berkemungkinan diketahui.

Pembiayaan LIV sebelum ini daripada Arab Saudi dihentikan awal tahun ini, manakala siri itu menamatkan kempen 2026 yang dikurangkan pada Ogos dengan Rahm muncul juara musim LIV buat kali ketiga berturut-turut.

Juara dua kejohanan utama dari Sepanyol itu adalah pemiutang tidak bercagar terbesar LIV, dengan AS$7.5 juta (RM30.6 juta) masih terhutang kepadanya ketika LIV memfailkan perlindungan kebankrapan Bab 11 bulan lalu.

Rahm, 31, dipercayai mempunyai tuntutan kewangan jauh lebih besar selepas menandatangani kontrak bernilai AS$300 juta (RM1.224 bilion) yang dilaporkan bagi meninggalkan Jelajah PGA dan menyertai LIV pada Disember 2023.

Pemenang Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021 dan Masters 2023 itu meraih empat kemenangan dalam kejohanan LIV, masing-masing di United Kingdom dan Chicago pada 2024, serta Hong Kong dan Mexico City tahun ini.

LIV akan terus memiliki hak Rahm bagi tujuan rekod sejarah penyertaannya dalam kejohanan terdahulu, manakala Rahm mengekalkan hak terhadap imej dan identitinya serta jenama "Rahmbo" dan "Legion XIII", dengan syarat nama pasukannya dalam LIV tidak digunakan dalam liga lain.

Rahm, bersama pesaingnya di LIV, Cameron Smith dan Bryson DeChambeau, menolak program kepulangan pemain ke Jelajah PGA yang berakhir awal tahun ini. Menerusi program itu, Brooks Koepka kembali ke PGA selepas meninggalkan jelajah berkenaan untuk menyertai LIV.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 09:43 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
16 Oct, 09:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    09:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.