
Rahm tinggalkan LIV Golf
Only social or community posts, or a single source.
What happened
New York: Jon Rahm bakal meninggalkan LIV Golf yang sedang bergolak selepas menolak syarat "tidak boleh diterima" bagi musim depan, menurut peguamnya. (Harian Metro, 13:25)
Read the reporting
1 report
Rahm tinggalkan LIV Golf
New York: Jon Rahm bakal meninggalkan LIV Golf yang sedang bergolak selepas menolak syarat "tidak boleh diterima" bagi musim depan, menurut peguamnya.
Pemain Sepanyol berusia 31 tahun itu antara nama besar yang menyertai liga golf kontroversi berkenaan menerusi perjanjian lumayan bernilai £260 juta (RM1.4066 bilion) pada Disember 2023.
Namun, selepas membelanjakan £3 bilion (RM16.23 bilion) dalam tempoh lima tahun, Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) menarik balik semua pembiayaannya pada April lalu, sekali gus menyaksikan LIV memfailkan permohonan perlindungan kebankrapan Bab 11 di Amerika Syarikat.
Dalam satu prosiding pendengaran, peguam Rahm, John Beck, berkata anak guamnya "sudah meneliti secara bebas cadangan syarat LIV 2.0".
Bekas juara Masters dan Terbuka Amerika Syarikat itu "mendapati syarat berkenaan tidak boleh diterima olehnya dan dia tidak akan menyertainya selepas ini".
Keputusan Rahm berundur berpotensi mencetuskan gelombang penghijrahan pemain ternama daripada liga itu, yang mencetuskan gegaran besar dalam dunia golf ketika ditubuhkan pada 2021 dengan matlamat mencabar Jelajah Eropah dan Jelajah PGA.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LIV, Scot O'Neil, yakin liga itu mampu diteruskan pada 2027 menerusi kemungkinan pembiayaan berjumlah £227 juta (RM1.22807 bilion) daripada sebuah firma ekuiti swasta.
Bercakap di London, O'Neil berkata: "Liga ini baru berusia lima tahun.
"Ia masih bayi. Ia sudah mampu berdiri sendiri dan tidak lagi memakai lampin, tetapi masih bayi.
"Dari sudut pandangan kami, peluang untuk berkembang sangat besar kerana masih banyak ruang yang belum diterokai, termasuk penaja utama dan pasaran televisyen penting."
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.