Malaysian Attention Engine
Live wire
47World : 19 Countries Condemn Colombia's Opening Of Embassy In Jerusalem41Johor berdepan ancaman jerebu sejak 53 hari lalu – Onn Hafiz41Lelaki warga emas ditemukan maut, suspek kurang siuman ditahan40Perselisihan rumah tangga disyaki jadi punca40Ahmad Norihan fasilitator baharu dialog damai Selatan Thailand39MFL galak 'cooling break' susulan jerebu39General : China Agrees In Principle With Malaysia's Proposal For World TVET Council - Ahmad Zahid39PRN Melaka: PH kenal pasti calon sejak dua tahun lalu, kita yakin menang - Amirudin39140 PATI warga Indonesia dipindahkan ke negara asal melalui laut39Negara anggota IEA percepat pelepasan baki 100 juta tong minyak susulan pasaran yang terhad37Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB37Kak Ani mantapkan latihan vokal demi Gema Bumantara
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

'Rakyat berhak dapat penjelasan' - AMK persoal kemampuan UMNO-BN kekalkan kestabilan Negeri Sembilan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 22:43 MYTLatest activity 16 Oct, 22:43BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan mempersoalkan kemampuan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengekalkan kestabilan negeri susulan insiden kemurkaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohamad Hamizan Mohd Bahtiar berkata, perkembangan itu menimbulkan persoalan mengenai keupayaan kepimpinan politik negeri memelihara keharmonian institusi, mempertahankan maruah negeri dan memenuhi amanah rakyat.Beliau berkata, kestabilan dan kemakmuran yang diketengahkan UMNO-BN ketika pilihan r (Sinar Harian, 22:43)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·1 min read

'Rakyat berhak dapat penjelasan' - AMK persoal kemampuan UMNO-BN kekalkan kestabilan Negeri Sembilan

By MOHD AZLIM ZAINURY · 16 Oct, 22:43 MYT

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan mempersoalkan kemampuan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengekalkan kestabilan negeri susulan insiden kemurkaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohamad Hamizan Mohd Bahtiar berkata, perkembangan itu menimbulkan persoalan mengenai keupayaan kepimpinan politik negeri memelihara keharmonian institusi, mempertahankan maruah negeri dan memenuhi amanah rakyat.Beliau berkata, kestabilan dan kemakmuran yang diketengahkan UMNO-BN ketika pilihan raya kini dipersoalkan berikutan kemelut politik yang turut menjejaskan imej Negeri Sembilan.Menurutnya, rakyat mengharapkan kepimpinan negeri menguruskan perselisihan secara berhemah melalui perundingan, selain mengutamakan kepentingan negeri dan mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan."Sebarang perselisihan yang melibatkan institusi negeri seharusnya ditangani secara berhemah, berlandaskan Perlembagaan dan dengan mengutamakan kepentingan rakyat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Hamizan berkata, krisis itu turut menimbulkan persoalan mengenai kematangan diplomasi politik kepimpinan negeri, khususnya dalam menguruskan perbezaan pandangan yang membabitkan institusi diraja.Menurutnya, mandat yang diberikan melalui pilihan raya bukanlah lesen untuk sesebuah parti bertindak tanpa penelitian, sebaliknya hadir bersama tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan keharmonian negeri."Sokongan rakyat juga bukan sesuatu yang boleh dianggap kekal, sebaliknya perlu dipelihara melalui prestasi, integriti dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan," katanya.Sehubungan itu, beliau berkata, kepimpinan UMNO-BN Negeri Sembilan perlu melakukan penilaian serius terhadap pendekatan politik dan pentadbiran yang diambil."Rakyat berhak mengetahui langkah yang akan dilaksanakan bagi meredakan ketegangan, memulihkan keyakinan awam dan memastikan perkara seumpama ini tidak berulang," katanya.Hamizan berkata, polemik berkenaan turut berisiko menjejaskan imej Negeri Sembilan yang sinonim dengan Adat Perpatih, kebijaksanaan bermusyawarah dan penghormatan terhadap institusi.Beliau menegaskan, rakyat berhak mendapatkan penjelasan, menuntut akauntabiliti dan menilai prestasi kepimpinan yang diberikan mandat.Menurutnya, kesetiaan kepada institusi diraja dan penghormatan terhadap Perlembagaan perlu dizahirkan melalui tindakan berhemah, manakala perbezaan pandangan hendaklah diselesaikan melalui saluran sah berlandaskan undang-undang."Akhirnya, persoalan yang harus dijawab bukan sekadar siapa yang menang atau kalah dalam percaturan politik ini, tetapi siapa yang benar-benar mempertahankan kepentingan rakyat dan maruah Negeri Sembilan," katanya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow23:0000:0001:00
Latest 01:08 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
16 Oct, 22:43 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    22:43

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

'Rakyat berhak dapat penjelasan' - AMK persoal kemampuan UMNO-BN kekalkan kestabilan Negeri Sembilan · Malaysian Attention Engine