Malaysian Attention Engine
Live wire
45Politics : Mahmud Epah Named New Sarawak PKR Chairman45PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang45NCID officer seriously injured in machete attack during drug raid in Tanah Merah, says Kelantan police chief41Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB37Nafuzi mahu benteng kebal, buru keputusan positif37Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf37Pendaki wanita tidak sedarkan diri di Air Terjun Langsir36Slain border agency officer’s remains to be buried in Tumpat tonight, says home minister36Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat 1135Gabungan dipimpin Saudi tembak jatuh 4 dron di Riyadh, wilayah timur dan selatan Arab Saudi35General : Fire Destroys 26 Workers' 'Kongsi' Houses In Labuan35PSG fight back to beat Strasbourg after Dembele penalty miss
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Ralat sesaat ancam negara

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 07:24 MYTLatest activity 18 Oct, 07:24BMconfidence 60%

What happened

Ralat sesaat ancam negara (Harian Metro, 07:24)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·4 min read

Ralat sesaat ancam negara

By Muhaamad Hafis Nawawi · 18 Oct, 07:24 MYT

mhafis@hmetro.com.my

Sepang: Perbezaan ralat sesaat dalam ketepatan waktu boleh mengancam keselamatan dan mengganggu ekonomi negara termasuk membuka ruang kepada serangan siber.

Justeru, di sebalik paparan waktu pada telefon bimbit, komputer dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, terdapat sistem pengukuran masa berketepatan tinggi yang memastikan seluruh negara menggunakan waktu seragam.

Malaysia bukan sekadar bergantung kepada jam digital atau rangkaian Internet untuk menentukan waktu rasmi negara, sebaliknya menggunakan jam atom caesium yang diselenggara Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM) bagi membangunkan dan mengekalkan Waktu Standard Malaysia (UTC+8).

Metrologi Kanan di Makmal Masa dan Frekuensi NMIM, Ahmad Sahar Omar berkata, ketepatan waktu bukan hanya penting bagi memastikan rakyat tidak terlewat ke tempat kerja, malah menjadi asas kepada kelancaran sistem kewangan, telekomunikasi, pusat data dan pelbagai infrastruktur digital kritikal negara.

Menurutnya, aktiviti dan transaksi yang berlaku dalam dunia digital sangat pantas di mana perbezaan ralat beberapa saat boleh menyebabkan risiko rekod transaksi tidak sepadan, kesukaran mengesahkan urutan transaksi, masalah audit dan siasatan.

"Selain itu, ralat beberapa saat juga boleh menyebabkan gangguan operasi pelayan dan pusat data, peningkatan risiko keselamatan siber dan ketidaktepatan operasi sistem telekomunikasi dan kewangan.

"Semakin besar jurang kebolehkesanan dan ketepatan masa kepada Waktu Standard Malaysia, maka semakin tinggilah risiko kepada keselamatan dan aktiviti ekonomi negara," katanya dalam temu bual bersama Metro Ahad di ibu pejabat NMIM, baru-baru ini.

Ahmad Sahar berkata, berdasarkan sumber yang boleh diakses oleh pihak awam, tiada rekod rasmi di Malaysia yang menunjukkan gangguan besar berpunca semata-mata daripada perbezaan beberapa saat atau minit dalam sistem masa.

"Namun, pengalaman di peringkat antarabangsa menunjukkan bahawa ketidaktepatan masa boleh menjejaskan operasi sistem digital seperti urusan saham, kewangan, perdagangan, penguatkuasaan dan pengangkutan," katanya.

Menurutnya, NMIM menggunakan lima unit jam atom caesium bagi membangunkan dan menyelenggara Waktu Standard Malaysia selain membolehkan perbandingan berterusan serta menyediakan sistem sandaran sekiranya berlaku gangguan atau penyelenggaraan.

"Jam atom berkenaan dibandingkan dengan Waktu Seragam Sejagat (UTC) menerusi rangkaian perbandingan masa antarabangsa yang diselaraskan Biro Timbang dan Sukat Antarabangsa (BIPM) menggunakan kaedah GNSS All-in-View .

"Melalui kaedah itu, waktu dibangunkan NMIM dapat diselaraskan kepada UTC dalam julat ketepatan sekitar ±1 mikrosaat.

"Kepentingan waktu standard semakin ketara ketika urusan digital berlaku dalam tempoh amat singkat apabila perbezaan masa boleh menimbulkan masalah dalam penyelarasan rekod transaksi, pengesahan urutan urusan kewangan, audit dan operasi pelayan," katanya.

Ahmad Sahar berkata, ketepatan masa turut berkait rapat dengan keselamatan siber serta kelancaran sistem telekomunikasi dan kewangan sekali gus menjadikan waktu standard sebagai antara komponen penting dalam menyokong ekonomi digital negara.

"Sumber utama masa negara ialah jam atom cesium di NMIM manakala Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) digunakan bagi tujuan perbandingan dan memastikan kebolehkesanan kepada UTC.

"Sehubungan itu, gangguan GPS tidak akan menyebabkan Waktu Standard Malaysia terjejas serta-merta manakala kemudahan bekalan elektrik sandaran di makmal berkenaan membantu memastikan operasi jam atom berterusan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sejarah penyelarasan waktu Malaysia turut memperlihatkan kepentingan keseragaman dalam pentadbiran negara.

"Kerajaan kemudian menyelaraskan waktu Semenanjung Malaysia dengan waktu Sabah dan Sarawak pada 1 Januari 1982, menjadikan UTC+8 sebagai waktu rasmi yang digunakan di seluruh negara sehingga kini," katanya.

Ketepatan masa jadi asas penting dalam urusan kritikal

Sepang: Ketepatan waktu bukan sekadar memastikan jam menunjukkan masa yang betul, sebaliknya menjadi asas penting kepada pelbagai urusan kritikal negara termasuk telekomunikasi, perbankan, penguatkuasaan dan transaksi digital.

Metrologi Kanan di Makmal Masa dan Frekuensi, Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), Ahmad Sahar Omar berkata, tanggungjawab itu digalas makmalnya yang berperanan mewujudkan, menyelenggara dan menyebarkan standard pengukuran kebangsaan berkaitan masa dan frekuensi.

Katanya, metrologi ialah sains pengukuran manakala pegawai mengkhusus dalam bidang itu dikenali sebagai ahli metrologi.

"Peranan makmal itu semakin penting seiring perkembangan teknologi digital, Internet Kebendaan (IoT) dan peningkatan kelajuan rangkaian yang memerlukan penyelarasan masa tepat bagi memastikan pelbagai sistem beroperasi dengan baik.

"Waktu Standard Malaysia atau M alaysian Standard Time (MST) ditetapkan berdasarkan Waktu Seragam Sejagat (UTC) dengan tambahan lapan jam, selaras ketetapan kerajaan yang menyelaraskan waktu di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sejak 1982," katanya.

Bagi memastikan ketepatan waktu, Ahmad Sahar berkata, NMIM menggunakan jam atom caesium-133 sebagai rujukan standard masa kebangsaan yang membolehkan pengukuran masa dibuat dengan ketepatan tinggi.

"Standard itu bukan sekadar untuk kegunaan dalaman, sebaliknya perlu disebarkan kepada pengguna melalui perkhidmatan penentukuran atau kalibrasi bagi memastikan peralatan serta sistem berkaitan mempunyai rujukan masa yang dipercayai.

"Keperluan itu turut berkait dengan aspek perundangan apabila pengukuran yang digunakan bagi tujuan penguatkuasaan perlu mempunyai kesahihan dan kebolehkesanan kepada standard yang diiktiraf.

"Antara aplikasi yang memerlukan ketepatan masa ialah sistem kamera penguatkuasaan had laju (AwAS), pelayan masa, sistem telekomunikasi, perbankan, bursa saham, lapangan terbang dan sistem tol," katanya.

Beliau berkata, dalam konteks penguatkuasaan, penentukuran membolehkan masa yang direkodkan sesuatu sistem dibandingkan dengan Waktu Standard Malaysia bagi mengesahkan ketepatannya.

"Sebagai contoh, bagi sistem AwAS, maklumat masa dan kelajuan pada imej yang dirakam boleh dibandingkan dengan standard rujukan untuk menentukan sama ada sistem berkenaan beroperasi dengan tepat.

"Selain penentukuran di lokasi pelanggan, NMIM turut menyediakan perkhidmatan penentukuran jarak jauh menggunakan sambungan Internet bagi menghubungkan sistem pelanggan kepada Waktu Standard Malaysia.

"Kaedah itu semakin relevan berikutan peningkatan penggunaan sistem digital yang memerlukan penyelarasan masa termasuk apabila ribuan transaksi boleh berlaku dalam tempoh satu saat," katanya.

Justeru, Ahmad Sahar berkata, ketepatan waktu dinikmati setiap hari bukan sekadar bergantung kepada jam yang digunakan, tetapi turut disokong sistem pengukuran kebangsaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 07:58 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 07:24 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:24

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Ralat sesaat ancam negara
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.